• Kehadiran Admin Baharu di Madrasah Hashimiah

    Saya yang berkopiah merah

    Kali pertama saya datang ke Madrasah Hashimiah iaitu pada sehari sebelum saya bersama kumpulan (NGO) Kindness Malaysia berlepas ke Aceh, Indonesia. Ia adalah tempat pusat pengajian ataupun institusi yang memberikan peluang kepada pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim, untuk mendapat ilmu kerana mereka tidak dapat peluang untuk belajar di sekolah biasa. Namun sama seperti anak anak orang di Malaysia perlukan ilmu untuk kelansungan hidup. Sama seperti dulu mereka sangat baik dari layanan mahupun senyuman yang berikan kepada tetamu. Kedatangan saya kali ini bukan sebagai tetamu saja malah sebahagian keluarga Madrasah Hashimiah kerana saya akan berkhidmat sebagai penolong pembantu tadbir di madrasah ini.

    Anak anak sedang fokus dalam mendapatkan ilmu dari guru di hadapan 

    Di sini anak anak mempelajari ilmu Al Quran dan Alim iaitu tentang Tauhid, Fekah, Tajwid, Hafazan dan lain lain. Selain daripada Al Quran ,anak anak di sini juga mempelajari Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matemetik, Komputer serta tidak lupa pada bahasa ibunda mereka Bahasa Myanmar. Adanya ilmu ilmu ini dapat  mereka meneruskan kehidupan dalam era pembagunan masa depan dari tercicir dalam kehidupan mereka, walaupun tanpa peluang belajar di sekolah sekolah biasa.


    Sedang pelajari Bahasa Myanmar


    Terima kasih kepada En Muhammad Bin Kamarulazizi selaku pengerusi serta Ustaz Al Hafiz Hashim Bin Kassim iaitu pengetua dan pengasas madrasah kerana menerima saya sebagai sebahagian keluarga besar ini. Di sini saya akan menbantu dalam bahagian pengurusan dan pentadbiran madrasah dan juga Kindness Malaysia. Pentadbiran merangkumi semua aspek aspek pengurusan pejabat seperti mengemaskini emel-emel madrasah, surat menyurat, pengurusan jadual murid murid, kesihatan pelajar dan juga mengurus penderma penderma yang ingin menderma kepada madrasah. Di samping itu dapat saya kongsikan ilmu yang saya miliki untuk menambah baik sistem sistem pengurusan madrasah serta juga menambah ilmu ilmu baru di sini. 

    Oleh yang demikian, dengan kehadiran saya di sini dapat membantu sebanyak yang mungkin dalam pentadbiran Madrasah Hashimiah. Di harap dapat memberikan segala usaha dari segi pemikiran dan penggunaan tenaga fizikal untuk pengerak Madrasah Hashimiah dalam menjadi institusi yang Berjaya mendidik pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim.  

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir  
    Madrasah Hashimiah