• Kelas Pengajian Al-Quran Di Waktu Malam Yang Cukup Bermakna Untuk Kanak-Kanak Madrasah


    Pengajian kanak-kanak di Madrasah Hashimiah tidak terhenti sehingga jam 4.30 petang sahaja namun pengajian mereka diteruskan selepas solat Maghrib sehingga jam 9 malam. Kelas pada malam hari merupakan kelas pengajian Al-Quran yang mana hanya kanak-kanak yang tinggal di madrasah sahaja yang mempelajarinya. Walaupun kelas ini sebenarnya lebih kepada tadarus Al-Quran, Namun sebenarnya adalah kelas pengajian Al-Quran di mana mereka akan membaca dahulu kemudiannya dibetulkan oleh Ustaz yang menjaga mereka. Sebagaimana kebanyakan sekolah agama di seluruh Malaysia, tempoh waktu Maghrib hingga ke waktu Isyak adalah waktu mereka bertadarus.

    Mereka diajar untuk membetulkan bacaan mereka

    Para pelajar mendengar bacaan yang dialunkan oleh Ustaz mereka

    Ustaz-ustaz yang berada di Madrasah Hashimiah sangat mesra dan sangat mengalu-alukan tetamu yang datang. Malah sesiapa yang datang untuk membantu madrasah akan dianggap oleh mereka sebagai keluarga mereka dan tergolong dalam keluarga Hashimiah. Walaupun mereka kurang fasih Bahasa Malaysia namun mereka tetap membawa kami duduk di kedai kopi untuk bercerita dan bersembang mengenai madrasah. Dalam madrasah ini, mereka betul-betul diterapkan dengan ajaran Rasulullah S.A.W yang mana apabila salah seorang daripada mereka mempunyai masalah, mereka akan membantu dan memberikan yang terbaik untuk menolong keluarga mereka. Inilah kesatuan yang dibina di madrasah ini dan inilah sepatutnya kesatuan yang perlu ada pada umat Islam masa kini.

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma bolehlah terus ke MadrasahHashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Muhammad Fauzan Nazreensyah B Yunus
    Pelajar Praktikal UKM
    Madrasah Hashimiah