![]() |
Shahid yang berbaju hijau merupakan tonggak pasukan A madrasah |
Madrasah Hashimiah: Bukan Sekadar Madrasah Dan Pusat Perlindungan.
Keperluan untuk
Madrasah Hashimiah tidak pernah mencukupi kerana banyak yang perlu diberikan kepada mereka
seperti pembayaran gaji guru-guru madrasah, makanan untuk kanak-kanak madrasah,
keperluan harian kanak-kanak, kemudahan belajar, dan banyak lagi. Hari ini,
pengerusi madrasah iaitu En. Muhammad datang untuk memberikan bimbingan untuk
membuat penulisan di blog madrasah dan bagaimana untuk menarik minat para
pembaca blog. Blog madrasah perlu sentiasa mempunyai cerita yang baharu di mana
para penderma madrasah yang baik hati ingin mngetahui perkembangan madrasah.
Selain itu, penulisan yang menarik mengenai madrasah juga perlu kerana ini akan
menarik perhatian penderma yang lain untuk terus menderma kepada madrasah dan
terus memberikan sumbangan agar madrasah dapat menampung keperluan harian
kanak-kanak di madrasah ini.
Kebanyakan pusat
perlindungan tidak mempunyai blog yang sentiasa mempunyai cerita yang baharu
kerana sibuk menguruskan pusat tersebut dan sibuk mencari penderma. Madrasah Hashimiah mempunyai kaedah yang lebih baik melalui blog dan Facebook yang
sentiasa mempunyai perkembangan mengenai madrasah setiap hari. Ini yang
dikehendaki oleh para penderma kerana mereka mahu mengetahui apa yang berlaku
kepada apa yang mereka berikan. Hal ini kerana mereka mahu tahu apa yang
berlaku dan akan menggembirakan hati mereka bahawa apa yang diberikan kepada
kanak-kanak di madrasah ini dimanfaatkan sepenuhnya.
Disebabkan madrasah ini
sangat aktif dalam kebanyakan program dan juga dalam media sosial, Madrasah Hashimiah sering menerima permohonan untuk melakukan program, jemputan program
yang dilakukan oleh pihak yang berminat, dan juga permohonan untuk mengajar
mereka secara sukarela. menguruskan permohonan dan jemputan Al-Aqsa UIAM, Kindness Siswa, dan guru sukarela. Sukarelawan Al-Aqsa UIAM menjemput kanak-kanak
pelarian Rohingya di Madrasah Hashimiah
untuk memberikan persembahan nasyid dalam program mereka mengenai pelarian
Rohingya. Mereka menjemput kumpulan nasyid madrasah pada 29 September 2016
untuk membuat persembahan dan segala kelengkapan dan pengangkutan mereka
sediakan. Kindness Siswa pula ingin melakukan program pada 15 Oktober nanti dan
mereka mahu menjadi sukarelawan untuk mengajar Matematik. Seperti Kindness
Siswa, terdapat juga individu yang mahu mengajar kanak-kanak di madrasah ini
kelas Bahasa Inggeris dan memohon untuk melakukan kelas pada hujung minggu.
Namun disebabkan kelas hujung minggu penuh, maka pihak madrasah menawarkan
kelas pada hari rabu jam 10 hingga 11.30 pagi.
Madrasah Hashimiah
mempunyai hubungan yang cukup baik dengan para pelajarnya termasuklah pelajar
yang telah menamatkan pengajian mereka. Pelajar yang telah menghabiskan
pengajian mereka sering sahaja datang untuk membantu madrasah ini tidak kira di
mana mereka berada. Begitulah juga bekas salah seorang pelajar madrasah ini
iaitu Jaafar yang tinggal di Myanmar. Beliau mahu membuat lawatan semula ke
madrasah ini bagi tujuan pembelajaran dan juga membantu madrasah. Untuk
membolehkan beliau datang ke Malaysia, pihak madrasah membuat surat kepada
konsulat Malaysia di Myanmar bagi membantu dan membenarkan beliau datang
kemari.
Selepas sesi
persekolahan tamat, kanak-kanak madrasah yang menyertai pertandingan futsal
mengadakan latihan di kawasan yang kosong berhampiran. Kawasan tersebut tidak
besar namun cukup untuk mereka membuat latihan secara sederhana. Namun agak
merbahaya sedikit bagi mereka kerana tidak mempunyai kasut untuk bermain. Bagi
mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma bolehlah terus ke
Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk
kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun
- 8600202864 (Madrasah Hashimiah)
atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.
Muhammad Fauzan Nazreensyah B Yunus
Pelajar Praktikal UKM
Madrasah Hashimiah