Setiap tahun, MadrasahHashimiah akan melahirkan pelajar tahfiz Al-Quran. Bagi mereka yang berjaya menghabiskan
pengajian, ianya adalah satu kepuasan ilmu yang diperolehi. Namun ada juga
pelajar yang terpaksa berhenti daripada menyambung pengajian kerana ingin
membantu keluarga mereka di rumah dengan pergi bekerja di sekitar kawasan
madrasah ini. Walaupun menuntut ilmu adalah perkara yang digalakkan di dalam
Islam, namun menjalankan tanggungjawab terhadap ahli keluarga juga perkara yang
sangat dituntut. Sebagai seorang anak, mereka juga mahu berbakti kepada orang
tua mereka dan mereka juga mahukan ibu bapa mereka mendapat rehat yang cukup.
Begitulah yang dihadapi oleh salah seorang bekas
pelajar di madrasah ini yang selalu datang membantu membersihkan madrasah
apabila berpeluang. Beliau berhenti meneruskan pengajian kerana salah seorang
daripada ahli keluarganya menghidap penyakit jantung. Oleh yang demikian,
beliau membantu keluarganya dengan bekerja untuk membantu kos perubatan yang
ditanggung. Walaupun ahli keluarganya yang diserang penyakit jantung itu sudah
sembuh, namun beliau tidak kembali untuk meneruskan pengajian kerana bagi
beliau sudah tiba masanya beliau yang bekerja untuk menjaga ahli keluargnya.
Begitulah pengorbanan dan tanggungjawab seorang anak yang soleh kepada
keluarganya. Walaupun sedih kerana tidak dapat menyambung pengajian namun beliau
sentiasa bersyukur kerana dapat berbakti kepada madrasah. Madrasah Hashimiah
inilah yang memberikannya ilmu dan madrasah inilah yang merupakan sebuah
keluarga kedua baginya.
kegembiraan makan bersama-sama
hidangan tidak seberapa namun tetap gembira
Perbualan tersebut
berhenti apabila salah seorang pelajar memanggil kami berdua untuk makan
beramai-ramai di tingkat atas. Berpeluang melihat kanak-kanak makan
beramai-ramai adalah satu perasaan yang cukup mengharukan kerana walaupun
mereka tidak makan bersama ibu bapa mereka namun mereka tetap makan bersama
guru-guru mereka. Tawa riang mereka sentiasa ada apabila waktu makan. Lumrah
kanak-kanak yang mahukan kegembiraan dan sentiasa mahukan hiburan. Walaupun
hidangan mereka tidak seberapa, namun apabila hidangan yang tidak seberapa itu
dimakan beramai-ramai pastinya menyeronokkan malah lebih menggembirakan kerana
tidak keseorangan. Mereka cukup bertuah kerana mereka terpelihara ketika berada
di sini namun dengan kurangnya dermawan-dermawan, maka agak payah untuk
menampung kos perbelanjaan yang semakin besar.
Oleh yang demikian, mereka yang
bermurah hati bolehlah memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan ini
tidak kira bangsa atau agama kerana kemanusiaan hanya perlukan kesedaran untuk
dilakukan. Sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) ataupun
bahan mentah di alamat Madrasah
Hashimiah, Tahfiz Al-Quran & Anak Yatim, No. 111-3, Kompleks Pasar Borong,
Jalan 2/3A, KM12, Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves,
Kuala Lumpur. Ataupun boleh hubungi Pengetua
Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz
Hashim Bin Kassim di talian 019-262
1671.
Muhammad Fauzan Nazreensyah B Yunus
Pelajar Praktikal UKM
Madrasah Hashimiah