![]() |
Perbincangan Qurban
|
Pengertian Sebuah Keluarga di Madrasah Hashimiah
Ustaz Hashim yang merupakan Pengetua ataupun
Pengasas kepada Madrasah Hashimiah ini datang ke pejabat untuk melawat dan
berjumpa dengan saya untuk mengetahui situasi yang saya lalui dan juga
keperluan saya sama ada mencukupi ataupun tidak. Beliau merupakan seorang
individu yang agak ramah dan wajahnya cukup menenangkan hati bagi mereka yang
melihatnya. Itulah wajah seorang guru agama yang berkorban untuk mendidik dan
membantu kanak-kanak yang memerlukan sekaligus menjadi ayah kepada madrasah
yang harmoni ini. Beliau jarang sekali berada di kawasan madrasah namun
sentiasa mengambil tahu perkembangan madrasah ini setiap hari kerana madrasah
ini juga seperti rumahnya sendiri dan kanak-kanak di sini juga seperti anaknya.
Beliau ditemani oleh En. Muhammad yang juga pengerusi Madrasah Hashimiah dan En. Adam dari Kindness Malaysia untuk perbincangan mengenai hari
raya Qurban yang akan berlangsung pada 12 September akan datang.
Kanak-kanak yang gigih untuk belajar.
Saya mengambil kesempatan untuk bertanyakan
kepada Ustaz Hashim apakah teras kepada pembentukan disiplin dan pembelajaran
di madrasah ini. Menurut beliau, kebanyakan kanak-kanak di madrasah ini adalah
kanak-kanak pelarian dan anak yatim. Oleh yang demikian, beliau menggunakan
konsep sebuah keluarga kerana kanak-kanak ini memerlukan ibu bapa untuk mereka
mendapatkan kasih sayang. Guru-guru di sini menjadi ibu bapa angkat kepada
mereka dan juga menjadi ibu bapa mereka. Kehadiran guru-guru ini menghidupkan
semula sesuatu yang telah hilang daripada mereka. Mereka ditekankan dengan
penjagaan solat seperti solah secara berjemaah. Guru-guru menitikberatkan
pendidikan dan disiplin seperti ini agar mereka menjadi anak yang soleh dan
berguna kepada masyarakat. Seperti dalam firman Allah dalm surah Thaha ayat
132, "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan
bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu,
kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan akibat (yang baik) itu adalah bagi
orang yang bertakwa". Begitulah peranan guru-guru di sini, mereka menjadi
guru dan menjadi ibu bapa kepada kanak-kanak ini dan kanak-kanak ini
menunjukkan ekspresi yang sungguh luar biasa di wajah mereka. Tidak dapat
diungkapkan dengan kata-kata kerana ianya jelas suatu kegembiraan buat mereka.
Persetujuan bersama atas tugasan saya mengajar Bahasa Malaysia.
Selepas perbincangan antara mereka di sini
mengenai Qurban selesai, mereka memberikan saya satu tugasan sementara di sini
iaitu menjadi guru bahasa Malaysia kerana guru bahasa Malaysia sebelum ini
pergi ke luar negara kerana resetlement di bawah UNHCR. Saya mengambil peluang ini
untuk menerima tugasan tersebut kerana ini antara peluang saya untuk berkhidmat
dan berbakti kepada kanak-kanak yang memerlukan ini. Kelas Bahasa Malaysia ini
akan bermula minggu hadapan pada setiap hari Selasa dan Khamis bermula dari jam
2 petang sehingga jam 4 petang. Pembelajaran Bahasa Malaysia ini akan membantu
pertutran mereka sekaligus memperbaiki cara mereka berkomunikasi dengan
masyarakat tempatan. Saya berharap saya dapat membantu mereka untuk memudahkan
mereka berkomunikasi.
Muhammad Fauzan Nazreensyah B Yunus
Pelajar Praktikal UKM
Madrasah Hashimiah