Pendekatan Pembelajaran Yang Unik
Pelajar tahfiz sedang diuji oleh guru mereka.
Kaedah
pembelajaran yang dilakukan di setiap sekolah-sekolah kerajaan adalah berbeza
dari segi silibus dan juga pendekatan. Di sekolah kerajaan kita melihat kepada
bagaimana pendekatan yang digunakan semasa pembelajaran lebih kurang sama
dengan sekolah-sekolah yang lain tetapi berbeza pula pendekatan pembelajaran
yang dilakukan di Madrasah Hashimiah ini. Seperti yang dipelajari oleh
kanak-kanak di sekolah kerajaan iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Matematik, dan Sains, begitu juga yang dipelajari oleh mereka tetapi sebagai
tambahan kepada pengajian madrasah mereka juga mempelajari bahasa ibunda mereka
iaitu Bahasa Myanmar, pengajian Al-Quran dan ilmu agama yang lain seperti Feqah
dan Tauhid. Di sini, kita boleh melihat bagaimana disiplin mereka dididik dan
bagaimana penekanan terhadap pendekatan agama dilakukan. Mereka melahirkan
pelajar tahfiz setiap tahun yang berupaya untuk mengahafal keseluruhan juzu' di
dalam Al-Quran.
Murid-murid mendapatkan tunjuk ajar.
Kaedah pembelajaran yang unik di
dalam madrasah ini menjadikan ianya sangat menarik untuk para pelajar di
madrasah ini. Madrasah ini mempunyai silibus pengajian tersendiri yang membantu
kepada perkembangan ilmu mereka kerana kanak-kanak ini tidak mendapat
pendidikan awal di usia muda mereka. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran
yang dilakukan berdasarkan kemampuan mereka untuk belajar. Selain itu,
pendekatan ketika mengajar adalah sangat menyeronokkan di mana kanak-kanak ini
seperti menyanyi ketika pembelajaran dan guru yang mengajar mereka juga agak
tegas. Kanak-kanak amat gemar dalam pendekatan hiburan dalam pembelajaran
mereka kerana mereka merasakan itu adalah satu keseronokan. Hiburan adalah
sesuatu yang sangat diminati oleh kanak-kanak kerana memang secara semulajadi
di usia kanak-kanak merupakan satu tempoh mereka menginginkan keseronokan.
Pendekatan yang menghiburkan mendorong mereka untuk datang ke madrasah untuk
menimba ilmu dan mereka merasakan tidak terbeban untuk datang ke madrasah.
Kanak-kanak yang mudah untuk didekati.
Para pelajar di madrasah ini juga sangat menghormati
tetamu yang datang dan juga guru-guru mereka. Hal ini boleh dilihat di mana
mereka tidak lewat untuk datang ke madrasah dan menuruti arahan yang diberikan
oleh guru mereka. Perkara yang sedemikian juga berlaku kepada saya apabila saya
terjumpa dengan pelajar-pelajar madrasah ini di luar kawasan madrasah di mana
mereka memberikan salam kepada saya dan juga memberikan salam kepada saya
ketika hendak pulang ke rumah. Sikap ini adalah yang sangat diperlukan oleh
mereka untuk mengubah perspektif masyarakat tempatan terhadap mereka yang bukan
warganegara Malaysia malahan dapat membantu kepada penerimaan terhadap golongan
seperti mereka ini. Disiplin dan sikap ini mestilah dikekalkan untuk membantu
mereka diterima oleh masyarakat setempat di masa akan datang.
Berkomunikasi dengan kanak-kanak di sini
tidaklah sesukar yang dijangkakan asalkan kita mengetahui kaedah yang betul
untuk mendampingi mereka. Mereka amat mesra untuk berkomunikasi tetapi seperti
yang dijangkakan, bahasa menjadi penghalang kepada persoalan yang diharapkan
oleh mereka. Mereka mudah untuk rapat dengan kita tetapi sukar untuk mereka
berkomunikasi kerana mereka belum fasih untuk berbahasa melayu. Oleh yang
demikian, saya menyesuaian diri dengan kanak-kanak ini melalui bergambar dan
menyoal menggunakan bahasa melayu baku untuk mereka mudah fahami. Mereka
memerlukan masa untuk mereka memahami sepenuhnya apa yang cuba disampaikan oleh
saya. Oleh itu, pelbagai kaedah digunakan untuk menyampaikan apa yang saya
hendak sampaikan. Namun, perkara ini tidak membataskan perhubungan saya dengan
kanak-kanak di sini kerana mereka adalah insan yang sentiasa mempelajari apa
yang kita lakukan dan bertingkahlaku dengan betul akan membantu mereka
membentuk nilai-nilai murni.
Muhammad Fauzan Nazreensyah B Yunus
Pelajar Praktikal UKM
Madrasah Hashimiah