![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhd8YRGTDx0THae-62vK_w5RPrjDME91gpPQLqMuTT27ttS3AVCOUTGNuIFmMMSeMBbwUqxewIotbTJtG11AxQ0ODCVXcUnRhK2GQoBDtW68cavFYyBOAbtfySJ3765BOya1IHBeBBr9mY/s400/IMG-20160915-WA0006.jpg) |
sumbangan daripada Sanggar Suri |
Apabila sebuah pusat
perlindungan bercorakkan Islamik ataupun sekolah yang berkonsepkan madrasah,
sudah tentulah ianya akan dipenuhi dengan ciri-ciri yang membawa kepada perkara
mahmudah (kebaikan). Kanak-kanak yang tinggal di asrama madrasah ini dilatih
untuk membangunkan rakan-rakan mereka yang tidur untuk sentiasa solat bersama.
Solat bersama akan membantu kepada perpaduan mereka sekaligus meningkatkan
ikatan silaturrahim di kalangan mereka. Setiap kali waktu solat Zohor, saya
akan dipanggil untuk solat bersama. Alangkah indahnya suasana sebegini yang
mana kita juga diberi perhatian supaya dapat menyertai mereka untuk mendirikan
solat bersama-sama. Seorang Muslim yang baik adalah yang sentiasa megingatkan
saudara seagama mereka untuk terus beribadat selain mengingatkan mereka kepada
kematian. Begitulah seharusnya yang berlaku kepada seluruh kaum Muslimin dan
Muslimat di luar sana yang perlu saling mengingatkan antara satu sama lain agar
terus melakukan kebaikan dan ibadah. Apabila seorang Muslim berjumpa dengan
Muslim lain yang susah, perlulah mereka membantu golongan yang susah tersebut
kerana hebatnya iman seorang Muslim adalah apabila mereka melihat saudara
segama mereka yang susah mereka merasa kesusahan itu dan mereka membantunya.
Itulah yang dilakukan
oleh kebanyakan Muslim pada masa kini di mana mereka melabur saham akhirat
dengan membantu golongan segama mereka yang susah dan kurang bernasib baik. Di
sini kita boleh melihat bagaimana susahnya kehidupan masyarakat Myanmar Muslim
dan pelarian Rohingya yang perlukan perlindungan daripada masyarakat tempatan.
Sedangkan negara mereka pun tidak melindungi mereka, apatah lagi orang lain.
Oleh itu, marilah kita menepuk dada dan tanya pada akal fikiran. Mereka seagama
dengan kita dan mereka juga manusia, maka perlulah kita menggunakan akal
fikiran yang diberikan oleh Allah yang Maha Agung untuk kita memikirkan kenapa
mereka teraniaya sedemikian rupa. dan kenapa kita perlu membantu mereka. Saham
akhirat sudah terhidang di depan mata hanya dari kita sahaja mahu menerimanya
ataupun menolaknya. Seperti salah seorang lagi pelabur saham akhirat yang
mengambil peluang untuk membantu golongan yang sangat memerlukan ini. Madrasah
Hashimiah menerima sumbangan derma berbentuk kewangan setiap bulan sebanyak
RM2000 daripada Sanggar Suri dengan harapan bahawa pihak mereka dapat membantu
pihak madrasah. Pihak madrasah tetap mengucapkan rasa bersyukur mereka kepada
Allah dan juga kepada pihak penderma atas pemberian derma tidak kiralah berapa
yang dihulur asalkan ikhlas untuk membantu golongan ini.
Muhammad Fauzan Nazreensyah B Yunus
Pelajar Praktikal UKM
Madrasah Hashimiah