![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPKi_LSMKrR1QQKA-RiMOIlQROnR_FoZ_uG_j3QRwBiOq-STX2hmrIZU3oZKE5rHSmAvsjxmvJrQGyA977f2QKvFpuvj06OYL9NCKJpVxYsF7rvJi-IJn5xKUINc0rLM9QN_TtUkeGMGE/s400/P_20160915_154914.jpg) |
mengisi masa lapang dengan menonton television |
Madrasah Hashimiah
adalah sebuah pusat perlindungan yang juga merupakan rumah kepada anak-anak
yatim, Myanmar Muslim dan pelarian Rohingya. Jumlah pelajar yang tinggal di
madrasah ini semasa cuti sekolah lebih kurang 10 hingga 20 orang sahaja kerana
ada yang pulang ke tempat saudara mara mereka. Ada juga yang pulang ke kampung
halaman mereka iaitu Myanmar kerana merindui keluarga dan suasana di sana namun
mereka lebih rela untuk menetap di sini atas dasar keselamatan. Kanak-kanak
yang tidak mempunyai tempat untuk pulang akan terus tinggal di sini kerana
madrasah inilah rumah baharu mereka dan guru-guru di sinilah ibu bapa angkat
mereka.
Kanak-kanak yang
tinggal di madrasah ini sama seperti kanak-kanak tempatan yang tinggal di luar
sana mungkin lebih tepat lagi lebih kurang sama sahaja aktiviti mereka dengan
anak-anak yatim tempatan yang tinggal di pusat perlindungan. Mereka menikmati
hari cuti mereka dengan menonton television dan beristirehat. Selain itu juga,
mereka gemar untuk membersihkan halaman dalaman tempat tinggal mereka. Dilihat
mereka juga mengambil masa ini untuk berbual dengan guru-guru mereka seperti
ayah dengan anak. Dapat dilihat kemesraan antara mereka apabila guru-guru
mereka berbual dengan mereka seperti ayah dengan anak, pelajar yang tua dan
pelajar yang muda seperti abang dan adik. Kemesraan mereka seperti sebuah
keluarga yang sudah tinggal bersama. Mungkinkah ini disebabkan oleh mereka
merasai penderitaan yang sama ataupun mungkin mereka juga idamkan sebuah
keluarga yang bahagia. Persoalan tersebut hanya diketahui oleh mereka sendiri
sahaja kerana merekalah yang merasai arus kehidupan yang dialami mereka.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisboAk88TUPE1tomMYn71p_ylQMzVc3GzqnPl0_XMPCnOn5wkt9zKjmnxnZ5sXZySaboeeAbX1hd7hgqxCnRm9jAcsJ6ytJrtQTK96BvMJa4no7j81hahtOaHNtOYsQNBsIYM5eaez7vs/s400/P_20160915_154935.jpg)
Juadah yang cukup sederhana
Pada waktu makan
tengahari, juadah mereka adalah rendang daging dan juga kari daging. Mereka
juga menghidangkan makanan tradisional Myanmar iaitu daging yang digoreng
separuh masak yang kemudiannya diperap dengan minyak. Menurut mereka, daging
tersebut akan bertahan sehingga bertahun lamanya. Kemudian, mereka juga ada
cili tumis yang unik di mana cili tersebut digoreng dengan bawang putih
kemudian ditumbuk bersama yang menghasilkan bau yang cukup wangi. Untuk
seseorang yang baru mengenali masakan Myanmar, saya tidak teragak-agak untuk
mencuba makan mereka dari hari pertama mereka hidangkan kepada saya dan
ternyata makanan mereka cukup lazat untuk dicuba. Pengalaman ini adalah yang
saya minati kerana berpeluang untuk merasa makanan masakan mereka yang di bawa
dari Myanmar ke Malaysia. Mereka juga tidak menjangkakan saya akan merasai
makan yang dimasak oleh mereka. Namun, ianya adalah satu pengalaman yang cukup
hebat untuk dilalui.
Muhammad Fauzan Nazreensyah B Yunus
Pelajar Praktikal UKM
Madrasah Hashimiah