• 1001 Kenangan Bersama Siswa-Siswa Kindness Malaysia Di Madrasah Hashimiah


    Hari sabtu merupakan hari persekolahan yang akhir bagi setiap minggu di Madrasah Hashimiah, dan pada 15-10-2016 adalah di mana anak-anak di madrasah telah di kunjungi oleh siswa-siawa Kindness Malaysia yang terdiri daripada En Aidil, Cik Aziela, Cik Liyana, Cik Naziera, Cik Khadijah, Cik Aimi, Cik Aman, Cik Sabarina Cik Aein, Cik Maryam dan di ketuai olen Cik Zahidah, Dalam masa yang sama Cik Fatin Amira iaitu Naib Setiausaha Kindness Malaysia (NGO) datang membantu siswa-siswa Kindness Malaysia untuk mengadakan program bersama anak-anak di Madrasah Hashimiah. Anak-anak di madrasah sangat gembira dengan kehadiran siswa-siswa kerana mereka sentiasa menungu tetamu-tetamu yang akan datang ke madrasah sama ada secara rasmi atau secara tidak rasmi.


    Cik Aein dan Cik Maryam sedang berbincang dengan tenaga pengajar 

    Anak-anak sedang beri perhatian pada Cik Khadijah 

    Encik Aidil sedang kongsi modul pembelajaran dengan anak-anak

    Mereka hadir ke Madrasah Hashimiah dalam masa 11.30 pagi, untuk group pertama dari Universiti Teknologi Mara (Kampus Puncak Alam), Universiti Malaya dan group ke dua dari Universiti Pedidikan Sultan Idris (Tanjung Malim, Perak). Kehadiran mereka sangat di nantikan oleh pihak Madrasah Hashimiah kerana dengan kehadiran tetamu dari luar dapat menambah ilmu teknik pembelajaran dengan kaedah-kaedah yang baru. Hampir 1 jam juga perbincangan siswa-siswa dengan tenaga pengajar dalam pejabat Madrasah Hashimiah. Setelah berbincang bersama tenaga pengajar, setiap kelas akan di tempatkan 2 ke 3 orang siswa untuk mengajar memgikut kaedah mereka sambil di tolong oleh tenaga pengajar di madrasah. 

    Cik Aimi dan Cik Aman sedang mengajar di kelas 

    Murid-murid sedang menjawab soalan yang di berikan 

    Cik Zahidah sedang ajar teknik jawab dengan betul 

    Di madrasah mempunyai tiga tingkat, setiap tingkat mempunyai 2 kelas. Aras pertama untuk pelajar pra-sekolah ataupun pelajar di antara umur 7 tahun hingga 12 tahun, bergantung kelas akedemik atau Al-Quran dan Iqra. Aras yang kedua pulak sama jugak dengan aras yang pertama bergantung pada kepada kelas akedemik atau kelas Al-Quran dan Iqra untuk umur pra_sekolah 5 hingga 6 tahun dan juga untuk pelajar umur 7 hingga  12 tahun. Aras tiga pula untuk Hafiz Al-Quran dan kelas Alim untuk pelajar-pelajar umur 13 hingga 17 tahun serta mengikut piawaian-piawaian yang di tetapkan oleh Madrasah Hashimiah. Program tersebut bermula pukul 2.15 hingga 4.00 petang, setiap siswa-siswa di berikan tangungjawab untuk mengunakan sebaik mungkin untuk menerapkan ilmu-ilmu yang di sampaikan dan di kongsi bersama anak-anak madrasah. 

    Setiap orang mempunyai cara atau teknik yang berbeza untuk di gunakan untuk mendidik anak-anak mengikut umur mereka. Begitu juga cara siswa-siswa yang mereka gunakan untuk mengajar dengan adaptasi dan pengalaman mereka di universiti untuk memberikan kesan yang positif walaupun jangka masa adalah terhad untuk mereka sampaikan pada anak-anak di madrasah.

    Cik Aziela dan Cik Naziera sedang memberi penerangan 

    Cik Maryam tunjuk cara menjawab soalan anak-anak

    Cik Sabrina membantu murid menjawab soalan 


    Selepas lebih kurang 2 jam siswa-siswa berada bersama murid-murid di setiap peringkat umur telah di gunakan sebaik mungkin oleh siswa-siswa berkongsi ilmu untuk di terapkan kepada murid -murid di Madrasah Hashimiah. Bagi murid-murid mereka amat menghargai kehadiran tetamu luar untuk meraikan dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan luar dengan anak-anak di madrasah. Setelah selesai perkongsian ilmu bersama anak-anak, mereka telah menyediakan jamuan makanan iaitu Pizza Domino serta air berkabonat yang di beli pekan Selayang Baru untuk menutup program yang mereka bersama anak-anak di Madrasah Hashimiah. 

    Anak-anak sedang menjamu Pizza Domino 

    Anak-anak gembira dengan pemberian makanan 

    Bersama Cik Aimi dalam perkongsian jamuan pizza 

    Senyuman itu cukup bermakna untuk di kongsi bersama 

    Meraikan pemberian jamuan bersama anak-anak

    Olehh yang demikian, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada siswa-siswa Kindness Malaysia kerana sudi berkongsi ilmu serta teknik-teknik menjawab soalan dengan cara yang betul serta jamuan makanan sperti Pizza Domino dan air berkabonat yang telah mereka sediakan untuk anak-anak juga sebagai tanda terima kasih kerana luangkan masa untuk program bersama mereka di Madrasah Hashimiah. 

    Pihak Madrasah Hashimiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma dan penyumbang dan mendoakan kesihatan dan limpahan rezeki untuk mereka. Madrasah Hashimiah membuka peluang kepada individu, pihak berkumpulan, atau syarikat yang berminat untuk memberikan sumbangan dan menaja gaji guru ataupun keperluan anak-anak yatim madrasah. Tajaan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan BIn Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir 
    Madrasah Hashimiah