• Kasih Sayang Anak-Anak Madrasah Hashimiah Kepada Penderma Tetap Kak Shazlien


    Hari ini madrasah menerima satu khabar kurang gembira di mana salah seorang penyumbang tetap madrasah dan salah seorang individu yang sangat disayangi oleh anak-anak madrasah jatuh sakit. Kesedihan ini dikongsi dengan para ustaz dan ustazah, staf, pengetua, dan ahli Kindness Malaysia yang lain. Berita sedih ini membuatkan anak-anak di madrasah dalam kesedihan selepas kegembiraan yang diterima mereka semalam. Dalam kesedihan tersebut, anak-anak di madrasah menyatakan harapan mereka kepada penyumbang tersebut dan harapan ini dibuat melalui kad yang dibuat sendiri oleh mereka.

    Ucapan dan harapan anak-anak madrasah terhadap penderma mereka

    Sedikit latar belakang mengenai penderma tersebut, beliau seorang yang memberikan sumbangan kepada madrasah dari sedikit nilainya kepada besar. Beliau tidak pernah putus untuk memberikan sumbangan setiap bulan dan tidak pernah putus untuk memberikan sumbangan kepada madrasah sekiranya madrasah memerlukan sesuatu. Beliau juga seorang yang cukup berwawasan dan mengambil berat tentang madrasah di mana beliau menyatakan beliau akan menyebarkan lagi nama madrasah kepada orang lain dan di luar negara. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa legasi beliau akan terus memberikan sumbangan kepada madrasah sekiranya beliau tidak ada nanti. Beliau memang mengetahui tahap kesihatan beliau yang semakin merudum namun senyuman tetap terukir di wajah beliau. Tidak terukir rasa kesakitan di wajahnya namun kesakitan yang dialami beliau tetap dirasai oleh beliau sendiri.

    Kesungguhan beliau membantu madrasah tidak terhenti biarpun beliau mengalami kesakitan dan ini menunjukkan betapa sayangnya beliau dengan anak-anak di madrasah ini. Kasih sayang seperti ini tidak banyak yang memilikinya kerana terdapatnya kesungguhan yang diselitkan di dalam pengorbanannya. Untuk penderma yang sangat disayangi madrasah, anak-anak madrasah mendoakan yang terbaik untuk mereka dan anak-anak madrasah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka. Kepada penderma yang jatuh sakit ini, doa anak-anak madrasah mengiringi beliau semoga kembali sihat. 

    Muhammad Fauzan Nazreensyah B Yunus
    Pelajar Praktikal UKM
    Madrasah Hashimiah