• Terima Kasih Kepada Penyumbang Yang Baik Hati


    Jumaat merupakan hari yang paling istimewa umat islam berbanding pada hari-hari yang biasa, kerana ia merupakan hari yang barakah dan setiap pekara atau pebuatan yang di lakukan akan di gandakan pahala. Alhamdulillah pada hari jumaat yang lepas anak-anak Madrasah Hashimah dapat sumbangan melalui makanan ayam goreng My Heaven Park yang di dermakan oleh Puan Rafidah Ghazali. 

    Anak-anak sedang beratur untuk ambik makanan 

    Ustazah Abidah sedang memberikan makanan 

    Anak-anak sangat suka dengan makanan yang di berikan kepada mereka kerana mereka sangat suka ayam goreng. Makanan yang di terima dalam 150 bungkus dan di edarkan kepada semua anak-anak di madrasah. Dalam masa yang sama, Madrasah Hashimiah juga perlukan barangan-barangan kering seperti roti, gula, minyak masak, garam, telur, ikan bilis, bawang besar, bawang putih, ubi kentang dan sebahagian bahan kering yang lain. Selain makanan kering anak-anak jugak perlukan juga makanan basah yang sudah kehabisan stok bekalan seperti ayam, daging, ikan dan nuget ayam, nuget ikan, naget udang dan dan lain-lain lagi.  

    Keperluan untuk bilik air juga diperlukan seperti sabun baju, ubat gigi, sabun mandi dan ubat gigi. Selain itu pihak madrasah jugak menerima sumbangan dari segi pakaian sekolah, t-shirt sukan, jubah dan kasut serta beg sekolah yang bersuaian dengan anak-anak lelaki dan perempuan di antara umur 5 tahun hingga 17 tahun.

    Oleh yang demikian, mereka memerlukan bekalan makanan yang cukup untuk memberikan nutrisi kepada badan mereka supaya badan mereka sihat. Makanan adalah keperluan asas bagi semua manusia termasuklah kita sendiri.

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah