Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.
Doa dan Zikir Untuk Kelestarian Madrasah Hashimiah
Zikir atau zikirullah adalah cara salah satu cara manusia meluahkan rasa kasih dan cinta pada Allah S.W.T dalam masa sama ia juga berdoa kepada Allah S.W.T untuk mencari redha-Nya. Ia juga cara kita mencari ketenangan dan kesebaran dalam meminta sesuatu pertolongan dari Allah S.W.T. Sama juga keadaan di Madrasah Hasimiah, anak-anak ini di latih dan di ajar oleh guru-guru agar mereka tidak lupa akan zikir-zikir yang telah di ajar di Madrasah Hashimiah.
Dan Allah berfirman dalam Al-Quran dalam surah Taha 20:130 " Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenamnya, dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada hari-hari siang, supaya engkau redha ( dengan mendapat sebaik-baik balasan ).
Guru-guru serta anak-anak di Madrasah Hashimiah
Pelajar-pelajar sedang buat persediaan untuk majlis zikir
Selepas solat magrib, jam dinding menunjukan pukul 7.30 malam dan majlis pun bermula dengan ucapan yang di buat oleh pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Al Hafiz Ustaz Hashim Bin Kassim mengenai majlis zikir secara lebih teperinci apa bacaan yang akan di gunakan serta di temani oleh wakil Kindness Malaysia iaitu Encik Mohd Adam Bin Ahmad selaku setiausaha Kindness Malaysia ( NGO). Untuk memudahkan pengiraan bacaan zikir tersebut, pihak madrasah menyediakan 10 000 biji kacang tanah yang di gunakan untuk kiraan bacaan zikir agar anak-anak tidak silap membuat pengiraan dalam sebutan zikir.
Bacaan zikir di hitung dengan biji-biji kacang
Turut serta dari guru-guru di Madrasah Hashimiah
Ustaz Hashim kongsi secara ringkas tentang doa selepas zikir
Selepas habis bacaan zikir dalam masa 3 jam, Ustaz Hashim memberi sedikit penerangan kepada semua anak-anak serta tenaga pengajar di madrasah mengenai keadaan ekonomi madrasah agak bekurangan sejak kebelakangan ini dan dari segi sumbangan wang rinnggit mahupun bahan mentah seperti bahan basah dan bahan kering agak bekurangan mungkinakan bertahan dalam masa beberapa bulan lagi. Selesai memberi penerangan kepada anak-anak serta tenaga pelajar, Ustaz Hashim akan mengetuai pembacaan doa untuk memehon kepada Allah S.W.T semuga di permudah segala ujian-ujian yang di hadapi dengan penuh bersyukur dan redha atas kurniaan-Nya.
Ustaz Hashim memberi arahan kepada anak-anak
Anak-anak mendapat sejumlah wang dari dari Ustaz Hashim
Anak-anak sangat hargai apa yang mereka terima
Di penghujung acara majiis, anak-anak di madrasah diserikan dengan pemberian sedikit wang ringgit untuk menghargai dengan kesungguhan yang mereka tunjukan selama ini di Madrasah Hashimiah. mereka sangat gembira dengan pemberian itu walaupun nilai itu tidak sebesar mana, namun ia sungguh bermakna untuk anak-anak di madrasah dengan menerima dengan penuh syukur dan terima kasih melalui sebuah senyuman yang begitu bermakna untuk Ustaz Hashim dan pentadbiran Madrasah Hashimiah.
Murid-murid perempuan juga dapat hadiah dari En Mohd Adam
Senyuman serta ucapan terima kasih dari anak-anak madrasah
Seperti yang tertulis dalam musnaf Al-Quran untuk kelebihan orang-orang menderma atau menginfaq ke arah kebaikan. Allah S.W.T befirman dalam surah Ali-Imran 3:92, " Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfaqkan sebahagian harta kamu cintai. Dan apa yang kamu infaqkan, tentang hal itu sungguh Allah Maha Mengetahui "
Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah