• Tajaan Gaji Untuk Guru Berdidikasi Serta Baik Hati


    Nama: Ustazah Dilarah binti Amin Hamzah 
    Umur: 36 Tahun
    Gaji: Rm 600.00
    Guru Kelas: Gred 2 dan Gred 3 
                       Matemetik dan Sains 
    Latar Belakang Pendidikan:
    - Berpendidikan rendah di daerah di Myanmar 
    - Menyambung pelajaran di sekolah menengah tinggi di Myanmar
    - Dapat sambung di Matrikulasi 
    - Membuat Ijazah Muda Ekonomi di Universiti Dagon, Myanmar

    Ustazah Dilarah sedang mengajar di kelas Gred 2

    Demi meyumbang ilmu dan tenaga pada anak-anak Rohingya, Ustazah Dilarah tidak kisah di berikan pendapatan yang sedikit berbanding dengan ilmu yang beliau memiliki demi anak-anak di Madrasah Hashimiah. Beliau sangat komited dalam membuat tugas untuk mengajar anak-anak di madrasah dalam subjek Matemetik. Peranan beliau adalah untuk memastikan semua anak-anak dapat memahami asas-asas mengira, menolak, menambah dan bahagi dalam proses penyelesaianya Matemetik. Setiap anak-anak akan lalui peperiksaan dan Ustazah Dilarah akan pastikan anak-anak akan dapat jawab soalan dengan sebaik mungkin dalam peperiksaan yang di sediakan oleh Madrasah Hashimiah. Di harap ada dermawan-dermawan yang baik hati dan sanggup menaja tenaga pengajar di Madrasah Hashimiah.

    Murid-murid sedang belajar  

    Terima kasih kami dahulu ucapkan kepada dermawan-dermawan yang sudi menaja gaji bagi guru-guru di Madrasah Hashimiah. Tidak lupa bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah

    Madrasah Hashimiah membuka peluang kepada individu, pihak berkumpulan atau syarikat yang berminat untuk menaja Ustazah Dilarah setiap bulan. Gaji sebulannya hanya RM600. Tajaan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah