• Kekurangan Sumber Makanan Mampu Memberikan Impak Negatif Kepada Kanak-Kanak



    Makanan adalah salah satu sumber yang sukar diperolehi secara kekal kerana kekurangan kewangan dan juga kurangnya sumbangan untuk bahan mentah. Bekalan untuk bahan mentah yang diperlukan sehari adalah sangat banyak kerana terdapat lebih daripada 40 orang pelajar asrama. Untuk makan tengahari sahaja menampung perbelanjaan yang tinggi kerana memberi makan kepada anak-anak yang belajar di madrasah ini. Oleh yang demikian, bahan mentah seperti ikan, daging, ayam, telur, dan sebagainya amat diperlukan.

    Kanak-kanak di madrasah ini memerlukan nutrien yang secukupnya kerana kebanyakan kanak-kanak kategori pelarian ini mempunyai masalah nutrisi. Oleh yang demikian, keperluan makanan mereka sangatlah dititikberatkan. Daging sahaja memerlukan lebih kurang 50 kilogram seminggu, ayam mentah 100 ekor sebulan, telur ayam 20 papan sebulan, dan minyak masak pula 240 kilogram untuk sebulan.

    Sekali sekala anak-anak Madrasah akan terima sumbangan makanan dari luar


    Pernah sekali kanak-kanak madrasah diberikan ujian kesihatan kerana kekerapan mereka meminum minuman manis agak tinggi. Setelah ujian darah dilakukan, kandungan gula di dalam badan mereka agak normal malah ada yang rendah. Ini menunjukkan badan mereka memang kekurangan nutrisi dan mereka memerlukan makanan yang secukupnya untuk mengembalikan nutrisi di dalam badan mereka.

    Oleh yang demikian, mereka memerlukan bekalan makanan yang cukup untuk memberikan nutrisi kepada badan mereka supaya badan mereka sihat. Makanan adalah keperluan asas bagi semua manusia termasuklah kita sendiri.

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Muhammad Fauzan Nazreensyah B Yunus
    Pelajar Praktikal UKM
    Madrasah Hashimiah