• Tajaan Gaji Untuk Guru-Guru Di Madarsah Hashimiah - Ustaz Yusof Bin Shah Alam


    Nama: Ustaz Mohd Yusof Bin Mohd Shah Alam
    Umur: 30 Tahun
    Gaji: Rm 800.00
    Guru Kelas: Al Quran kelas B 
    Lata Belakang Pendidikan 
    - Melebihi 6 tahun mengajar di Madrasah Hashimiah 
    - Mempunyai kemahiran dalam asas Tilawah Al-Quran 
    - Kemahiran dalam bacaan dan tulisan asas Tajwid 


    Kefahaman asas Al-Quran adalah menjadi tunjang utama kepada batu asas dalam sistem mendidik anak-anak di Madrsah Hashimiah. Ia menjadi penentu aras untuk mengajar anak-anak di madrasah ini dan Ustaz Yusof di berikan tangungjawab untuk mengajar asas Tilawah Al-Quran kepada anak-anak di Madrasah Hashimiah. Beliau seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak dan mudah memberikan dorangan untuk anak-anak menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat.

    Anak-anak sedang mendengar bacaan Ustaz Yusof 


    Anak-anak sedang menjalani pengajian dengan Ustaz Yusof 

    Kelaziman sistem yang di guna pakai dalam kaedah pembelajaran melalui secara berkumpulan dan bertalaqi secara kumpulan mahupun secara individu. Tenaga pelajar mestilah arif dalam segi pengurusan anak-anak dan kaedah pembelajaran yang mengukut piawaian yang telah di tetapkan oleh pengetua Madrasah Hashimiah. Oleh itu semua guru-guru di selia baik oleh pihak pengrusan Madrasah Hashimiah untuk menjaga kualiti yang di terapkan oleh Ustaz Al- Hafiz Hashimi Bin Kassim juga sebagai pengasas Madrasah Hashimiah.

    Madrasah Hashimiah membuka peluang kepada individu, pihak berkumpulan atau syarikat yang berminat untuk menaja Ustaz Yusof setiap bulan. Gaji sebulannya hanya RM800. Tajaan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah