• Peluang Saham Akhirat Dengan Menaja Gaji Tenaga Pengajar - Ustaz Rashid


    Nama: Ustaz Rashid Bin Mohd Shafi 
    Umur: 32 tahun
    Gaji : RM 800.00
    Guru Kelas: Hafiz Al-Quran kelas A
    Jumlah Anak Murid: 34 orang
    Latar Belakang Pedidikan; 
    - Mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengajar hafalan dan tajwid. 
    - Mempunyai kemahiran hafalan yang baik serta penguasaan tajwid yang baik. 
    - Mengajar anak-anak yang mempunyai kelancaran membaca Al-Quran 
    - Pernah belajar dengan Ustaz Al Hafiz Hashim bin Kassim dan beberapa guru-guru lain lagi

    Madrasah Hashimiah merupakan tempat anak-anak pelarian dan anak yatim Rohingya dan Muslim Myanmar, di mana ia merupakan tempat Tahfiz Al-Quran dan bidang akedemik. Tempat untuk memberi kehidupan yang lebih baik anak anak pelarian ini. Di sini anak-anak akan belajar menguasai Al-Quran dan bidang akedemik. Al-Quran terbahagi kepada enam iaitu Al Quran, Hafazan, Doa, Tauhid, Ibadah dan Fekah. Manakala akedemik pulak terbahagi kepada enam, iaitu Kelas Komputer, Bahasa Melayu, Bahasa Myanmar, Bahasa Inggeris, Matematik dan juga Sains. 

    Ustaz Rashid sedang mendengar hafalan Al-Quran 

    Di sini tenaga pengajar kebanyakan di bayar gaji di antara RM600.00 hingga RM1000.00, mengikut tahap kepakaran yang di gunakan melalui kaedah pembelajaran di sini. Bagi tenaga pengajar lelaki, mereka akan mengajar Arab. Ustaz Rashid menagajar hafazan Al-Quran dan hukum-hukum Tajwid. Murid-murid di antara usia 14 tahun hingga 17 tahun. Alhamdulillah ke semua pelajar-pelajar di bawah bimbingan Ustaz Rashid telah menjadi hafalan yang baik dari segi bacaan Tajwid mahupun ingatan yang baik. 

    Membuat semakan tajwid melalui bacaan anak-anak

    Madrasah Hashimiah membuka peluang kepada individu, pihak berkumpulan atau syarikat yang berminat untuk menaja Ustaz Rashid setiap bulan. Gaji sebulannya hanya RM800. Tajaan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah