• Tanggungjawab Memisahkan Tembok Warna Kehidupan


    Jam di dinding menunjukan pukul 2.30 petang, anak-anak di Madrasah Hashimiah sangat teruja kerana menunggu kehadiran sukarelawan dari Persatuan Tzu Chi yang akan hadir di madrasah ini setiap hari sabtu pada setiap minggu. Kehadiran mereka sangat di nantikan kerana mereka akan membuat satu aktiviti, melalui kaedah yand dapat menarik perhatian anak-anak di madrasah untuk menimba ilmu. Kaedah yang di gunakan pakai oleh sukarelawan ini, ialah dengan membuat aktiviti belajar sambil mendekati anak-anak ini yang pemalu dengan kehadiran oarng luar.


    Sukarelawan sedang melakukan taklimat ringkas

    Dalam lima belas minit, mereka memberi taklimat ringkas kepada anak anak madrasah, mereka membuat pecahan kepada tiga kumpulan yang akan di kawal selia oleh sukarelawan yang datang seramai tiga puluh orang. Setiap satu kumpulan akan di bimbing oleh sepuluh sukarelawan dan di sini hubungan antara anak-anak dan sukarelawan menjadi dekat antara satu sama lain. Program yang meraka lakukan adalah satu ujian ringkas, belajar melalui kaedah gambar rajah, interaksi ke
    dua-dua pihak dan membuat sedikit gerakan senaman yang ceriakan suasana di Madrasah Hashimiah.


    Sukarelawan sedang berinteraksi dengan anak anak madrasah

    Bahagian ke dua di akhiri dengan selesainya untuk anak-anak madrasah menjawab ujian ringkas, bagi ke semua anak-anak yang menjawab cara yang mudah dan cepat mengikut ketetapan masa. Kaedah yang mereka guna pakai, memudahkan anak-anak madrasah mempelajari dan memahami dengan lebih cepat, serta di kawal selia oleh sukalerawan ini. Selepas tamat ujian, anak-anak akan di kumpulkan di tingkat dua.  

    Sukalerawan sedang menunjukan cara selesai ujian 

    Setelah di kumpulkan di tingkat dua, para sukalerawan mulakan aktiviti yang ke dua iaitu di mana proses pembelajaran melalui teknik video. Melalui teknik ini, anak-anak madrasah senang menerima ilmu dan mudah membawa keluar melalui pemahaman mereka. Ini membolehkan mereka lebih cepat membuat keputusan melalui teknik pelajaran video.


    Teknik pelajaran melalui video 

    Di sebalik kisah yang di paparkan oleh sukarelawan, mereka akan sediakan soalan untuk menguji kefahaman anak-anak madrasah. Alhamdulillah segala proses aktiviti yang di jalankan selesai dengan jayanya, di waktu kemuncak aktiviti para sukalerawan membuat satu persembahan yang dapat membuat anak-anak madrasah itu tersenyum. Sebelum sukarelawan pulang, pihak mereka menyediakan jamuan makanan untuk untuk meraikan anak-anak Madrasah Hashimiah.


    Penutup di sampaikan oleh Ustaz Yusoff 

    Alhamdulillah dan terima kasih atas kunjungan pihak Persatuan Tzu Chi ke Madrasah Hashimiah. Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh di lakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah