• Persembahan Nasyid Madrasah Hashimiah Undangan Kumpulan Komuniti Al-Aqsa UIAM

    Penghargaan kepada kumpulan nasyid Madrasah Hashimiah
    Kumpulan Komuniti Al-Aqsa UIAM hari ini menjemput kumpulan nasyid daripada Madrasah Hashimiah untuk membuat persembahan dalam program yang dianjurkan oleh mereka. Program yang dijalankan itu bertajuk Untold Story Of Rohingya yang mana ianya menceritakan kesemua kisah mengenai Rohingya dan pelarian Muslim. Mereka menjemput tiga orang penceramah yang menceritakan bagaimana masyarakat Rohingya ditindas dan di mana mereka berada setelah menjadi pelarian. Penceramah yang dijemput merupakan Pengerusi NICE, pejuang keamanan Rohingya, dan juga salah seorang pelarian Rohingya yang tinggal di pusat perlindungan pelarian sejak lahir.


    Mereka menceritakan bagaimana Myanmar Muslim dan Rohingya itu ditindas dan bagaimana etnik mereka ditarik semula daripada salah sebuah etnik dalam perlembagaan Myanmar. Kisah ini menceritakan bagaimana etnik mereka berjuang untuk hidup selepas penghapusan etnik dilakukan oleh tentera Myanmar. Berbalik kepada pelajar madrasah, mereka melakukan persembahan nasyid selepas penceramah kedua menyampaikan ceramah beliau dan nasyid yang disampaikan mereka sungguh merdu dan syahdu. Nyanyian mereka turut mengundang sambutan daripada penonton apabila kebanyakan mereka mengetahui lagu tersebut dan menyanyikan sekali seperti mereka memahami perasaan yang cuba disampaikan oleh kumpulan nasyid madrasah.

    Buah tangan untuk kanak-kanak madrasah

    Selepas tamatnya program tersebut, kumpulan nasyid Madrasah Hashimiah mendapat penghargaan daripada Kumpulan Al-Aqsa UIAM dan kanak-kanak yang menyanyikan nasyid tersebut diberikan sedikit buah tangan yang cukup untuk menggembirakan mereka. Sesi bergambar beramai-ramai dijalankan dan kumpulan nasyid dihantar pulang tepat pada jam 11 malam. Ianya malam yang cukup indah dan cukup menyayatkan hati bagi mereka yang hadir kerana di sanalah mereka melihat bagaimana Myanmar Muslim dan Rohingya ini ditindas di negara mereka sendiri kerana perbezaan agama. Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Muhammad Fauzan Nazreensyah B Yunus
    Pelajar Praktikal UKM
    Madrasah Hashimiah