• Persediaan Untuk Penyeragaman Semula Silibus Bahasa Malaysia


    Penyeragaman semula silibus Bahasa Malaysia adalah satu kaedah yang dijalankan untuk memastikan kanak-kanak di Madrasah Hashimiah mahir dalam berbahasa Melayu. Namun untuk menjalankan silibus baharu perlukan penyeragaman semula kelas Bahasa Malaysia yang sedia ada di mana kesemua kanak-kanak yang mengambil subjek Bahasa Malaysia perlu menjalani ujian sekali lagi iaitu ujian menyeluruh yang mempunyai tahap-tahap kepandaian mereka. Kertas soalan yang dibuat mempunyai 6 bahagian yang mana setiap bahagian A merupakan bahagian yang paling senang dan bahagian F merupakan bahagian yang paling sukar untuk mereka lakukan.

    Markah yang diperolehi mereka akan menempatkan mereka dalam kelas yang mereka duduki sebagai contoh, sekiranya mereka mempunyai 20% sahaja markah keseluruhan maka mereka akan mendapat kelas D iaitu kelas paling bawah. Kertas soalan yang dimiliki dan tersedia namun untuk menyediakan 91 set kertas soalan mengambil masa yang agak panjang kerana dilakukan secara manual. Selepas keseluruhan set kertas soalan siap, peperiksaan semula untuk Bahasa Malaysia akan dijalankan beberapa hari kemudian mengikut kata putus daripada Pengetua dan Pengerusi Madrasah Hashimiah.

    Dengan penyeragaman semula kelas dan silibus Bahasa Malaysia ini, maka kelas untuk Bahasa Malaysia akan menjadi lebih sistematik dan lebih tersusun. Penilaian yang dilakukan juga akan bertambah ketat kerana ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak di madrasah ini mahir untuk berbahasa melayu dan tidak mudah untuk ditipu oleh orang lain.  Selain itu juga, ini akan membantu kanak-kanak ini mencari kerja apabila mereka dewasa nanti kerana kemahiran yang dimiliki oleh mereka.

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma dan tajaan buku Bahasa Malaysia bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Muhammad Fauzan Nazreensyah B Yunus
    Pelajar Praktikal UKM
    Madrasah Hashimiah