• Sumbangan Tajaan Gaji Guru Sains Yang Baik Hati


    Nama   : Ustazah Twayibar Binti Mahmudullah

    Umur   : 25 Tahun

    Gaji     : RM500.00

    Subjek : Guru Matematik, Bahasa Myanmar, Sains.

    Latar Belakang Pendidikan :

    - Mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang Zoologi di Universiti Hpaan 

    - Mahir dalam Sains dan Matematik

    - Mempunyai pengetahuan yang cukup luas dalam bidang sains


    Sains dan matematik sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kerana kita perlu tahu untuk mengira dan tahu mengenai sains biarpun sedikit. Matematik digunakan hampir setiap hari dalam kehidupan di mana kita perlu mengira kewangan yang ada manakala sains pula perlu dipelajari untuk mengetahui keadaan tubuh badan kita sama ada sihat ataupun tidak. Ini perlu dipelajari oleh kanak-kanak di Madrasah Hashimiah kerana kebanyakan daripada mereka merupakan anak-anak yatim dan pelarian. Untuk pengetahuan umum, kesihatan kanak-kanak yang terbiar dan pelarian ini selalunya terabai dan kebanyakan daripada mereka akan mengalami kekurangan nutrisi di dalam badan mereka. 


    Cikgu Twayibar sedang mengajar sains 

    Oleh yang demikian, penting mereka mempelajari Sains untuk tahu keadaan badan yang mereka alami dan mereka mempunyai guru yang cukup hebat untuk memberikan ilmu pengetahuan mengenai Sains kepada mereka. Guru yang mempunyai ilmu dalam bidang Zoologi ini sanggup untuk melepaskan bidang kerjaya yang lebih hebat semata-mata untuk mengajar anak didik bangsa beliau sendiri dan untuk kebaikan kanak-kanak pelarian ini.

    Anak anak sedang belajar ilmu sains 

    Madrasah Hashimiah membuka peluang kepada individu, pihak berkumpulan atau syarikat yang berminat untuk menaja Ustazah Twayibar setiap bulan. Gaji sebulannya hanya RM500. Tajaan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah