• Sedekah Itu Pembuka Pintu Rezeki


    "Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka (iman dan perasaan ikhlas),  seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang di siram oleh hujan lebat,  maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat ganda nya. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun ( pun memandai ). Dan igatlah Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan". ( Al-Baqarah  2/265)
    Alhamdullah terima kasih ke atas limpahan rahmat dan kasih sayangNya di atas kurniaan rezeki yang di berikan kepada Madrasah Hashimiah. 

    Sumbangan beras daripada penderma yang baik hati 

    Terima kasih kepada penderma yang baik hati, kerana telah memderma beras setiap bulan sebanyak lapan puluh kampit beras bermula dari awal tahun ini. Alhamdulillah dapat menampung untuk anak- anak Madrasah Hashimiah dalam lingkungan 150 orang dan termasuk 10 orang tenaga pengajar . Makanan asas adalah salah keperluan yang di perlukan oleh Madrasah Hashimiah untuk menampung keperluan harian untuk anak anak madrasah. 

    Semangat yang ditujukan dan kerjasama antara satu sama lain

    Di Madrasah Hashimiah mempunyai sistem jadual pemakanan yang mengikut kaedah masa yang telah di tetapkan. Sarapan di sediakan di antara pukul 7.00-7.30 pagi, tengah hari pulak di antara pukul 11.00-11.30 dan untuk makan malam pulak pada pukul dalam 5.00-5.30 petang. Selepas itu anak anak boleh beriadah di kawasan tersebut.

    Pengumpulan sementara sebelum ke tempat stor simpanan

    Selain beras, pihak Madrasah Hashimiah juga perlukan makan asas yang seperti gula, garam, tepung, minyak, telur dan lain lain lagi. Makanan basah juga menjadi semakin kurang stok simpanan di sebabkan kekurangan bahan makanan basah dan bilangan anak-anak semakin meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu kami memohon atas jasa baik pihak-pihak yang ini menderma atau menginfaq sebahagian harta, mahupun melalui sumbangan wang tunai sangat-sangat di alukan di Madrasah Hashimiah.
    Resit penderma umtuk sumbangan di Madrasah Hashimiah

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah