Tahlil Dan Doa Khas Untuk Insan Yang Istimewa (Kak Shaz)
Pada hari Jumaat iaitu semalam yang bertarikh 21-10-2016, kami di Madrasah Hashimiah mendapat satu berita sedih dari Pengurusi Madrasah Hashimiah En Muhammad Bin Kamarulazizi mengenai pemdema yang baik hati iaitu Puan Shazlien Nazlila Bt Hussien juga di kenali sebagai Kak Shaz di kalangan anak-anak di madrasah telah kembali ke ramahtullah pada pukul 1.43 tengah hari. Setelah mendapat berita itu, pengetua Ustaz Al-Hafiz Hashim Bin Kassim membuat pengenguman kepada anak-anak serta tenaga pengajar untuk mengadakan tahlil dan doa khas untuk Kak Shaz pada sebelah malam jumaat selepas solat isyak di Madrasah Hashimiah.
Benarlah Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran:
" Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang di tentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami akan berikan kepadanya pahala (dunia) itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami akan berikan kepadanya pahala (akhirat) itu, dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. "
Ustaz Rashid sedang bahagikan biji kacang sebagai kiraan
Majlis bacaaan yasin di ketuai oleh Ustaz Hashim
Anak-anak sedang baca surah Yassin
Bacaan tahlil serta doa itu bermula dalam pukul 9.30 malam yang di mulakan oleh Ustaz Al-Hafiz Hashim Bin Kassim, dan di ikuti dengan tenaga pengajar serta anak-anak di Madrasah Hashimiah. Bacaan yassin di mulakan dengan sebanyak 41 kali untuk memohon Allah S.W.T memudahkan serta meringankan kehidupan arwah Kak Shaz di alam barzakh dengan segala yang pekara-pekara kebaikan dalam kehidupan arwah terutama membantu Madrasah Hashimiah, dalam menderma yang paling kerap dan berpanjangan dari jumlah yang kecil sehingga jumlah yang besar untuk membantu madrasah ini. Jasa arwah Kak Shaz sangat banyak kepada Madrasah Hashimiah, moga Allah S.W.T saja yang dapat balas budi kebaikan kepada arwah.
Selepas bacaan Yassin Ustaz Hashim membaca doa
Anak-anak turut mendokan untuk arwah Kak Shaz
Selepas bacaan Yassin, Ustaz Hashim membaca doa untuk arwah Kak Shaz yang di mulakan surah Al-Fatihah. 3 Qul dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Dengan doa ini akan dapat membantu sedikit sebanyak arwah Kak Shaz dengan meminta Allah S.W.T meringankan sera mendapat keampunan dari asbab-asbad yang di lakukan oleh arwah terhadap Madrasah Hashimiah dan kebaikan yang lain. Selesai berdoa Ustaz Hashim menyediakan jamuan makan untuk anak-anak serta tenaga pelajar yang turut bersama dalam majlis tahlil dan doa untuk penderma kesayangan madrasah iaitu Kak Shaz.
Anak-anak sedang beratur ambik makanan
Ustaz Anwar sedang mengisi air untuk anak-anak
Anak-anak sedang mengambil makanan
Anak-anak sedang menjamu makanan yang di sediakan
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah