• Tajaan Beras Setiap Bulan Oleh Hamba Allah yang Baik Hati


    Alhamdulillah syukur pada pada Yang Maha Esa kerana di temukan dermawan-dermawan yang baik hati pada hari yang baik pada di sisi orang muslim iaitu hari Jumaat. Pada setiap bulan di Madrasah Hashimiah akan menerima beras dalam anggaran 80 kampit dan setiap kampit 10 kg dari individu yang bernama Pn Suzana Bt Sulaiman dan setiap amalan sedekah akan di hitung untuk saham akhirat. Benarlah firman Allah yang berbunyi seperti berikut

    " Kalau  kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang yang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (igatlah), Allah Maha Mengatahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. "
    2;271 Al-Baqarah

     Proses pemindahan beras dari lori ke Madrasah Hashimiah


    Anak-anak sedang angkat beras 


    Dengan sumbangan yang di berikan kepada madrasah, ia dapat menampung kos makanan yang semakin meningkat untuk menampung pebelanjaan anak-anak di Madrasah Hashimiah. Ia sedikit sebanyak dapat membantu madrasah dalam kos makanan seharian anak-anak dan mereka dapat fokus dalam pelajaran di madrasah. Namun begitu pihak madrasah jugak memerlukan sumbangan lain untuk mengurangkan kos serti gaji guru-guru, makanan basah atau mentah dan alatan-alatan untuk belajar seperti buku-buku latihan, alatan tulis serta beg dan pakaian persekolahan untuk anak-anak di Madrasah Hashimiah. 
         

    Beras-beras yang di dermakan 

    Sebelum simpan ke tempat stor simpanan

    Resit pembayaran akan di simpan dalam rekod madrasah

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah