• Tajaan Gaji Cikgu Ferozah di Madrasah Hashimiah


    Nama    : Cikgu Ferozah Binti Ahmad Shah

    Umur    : 32 Tahun

    Gaji      : RM600.00

    Subjek  : Bahasa Myanmar, Sains, Matematik.

    Latar Belakang Pendidikan :

    • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perundangan di Universiti Mandalay di Myanmar.
    • Berkemahiran dalam memberikan pendidikan kerana sikapnya yang tegas.
    • Menepikan bidang yang dimilikinya untuk mendidik kanak-kanak di Madrasah Hashimiah.
    Guru Ferozah memberi penerangan kepada anak-anak

    "Bahasa jiwa bangsa", itulah ungkapan yang boleh diucapkan kenapa mereka mempelajari Bahasa Myanmar. Walaupun mereka ditindas di negara sendiri namun mereka tetap untuk setia dengan harapan suatu hari nanti mereka akan diterima semula kerana disanalah tanah air mereka dan disanalah kampung halaman mereka. Kanak-kanak yang lahir di sini masih kurang mahir berbahasa Myanmar dengan lancar. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru-guru di madrasah ini memberikan pendidikan yang cukup kepada mereka agar mereka boleh bercakap Myanmar jika balik ke negara mereka suatu hari nanti.
    Anak-anak mengulang kaji pelajaran bahasa Myanmar 

    Madrasah Hashimiah membuka peluang kepada individu, pihak berkumpulan atau syarikat yang berminat untuk menaja Cikgu Ferozah setiap bulan. Gaji sebulannya hanya RM600. Tajaan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah



    -