• Majlis Naik Al Quran untuk 11 Murid Madrasah Hashimiah


    19 November 2016. Alhamdulillah, 11 orang anak-anak Madrasah Hashimiah telah naik ke peringkat Al Quran. Majlis diadakan di Madrasah Hashimiah bagi meraikan anak-anak yang telah tamat bacaan iqra. Majlis bermula jam 2 petang yang disaksikan oleh Ustaz Hashim sebagai pengetua merangkap pengasas Madrasah Hashimiah dan juga sukarelawan dari Kindness Malaysia.

    bacaan Al-Quran oleh anak-anak Madrasah Hashimiah

    nasyid beramai-ramai
    Anak-anak murid ini membaca potongan ayat al Quran yang di hadapan semua murid-murid Madrasah Hashimiah. Ibu bapa dan waris juga turut hadir pada majlis hari ini. Majlis selesai sebelum waktu Asar dengan jamuan ringan iaitu mi burma untuk semua murid-murid. Pihak Madrasah Hashimiah mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang bermurah hati membantu kelansungan Madrasah Hashimiah. Semoga semua yang terlibat mendapat keberkatan dariNya.

    Muhammad bin Kamarulazizi
    Pengerusi
    Madrasah Hashimiah