• Pertandingan Kecerian Futsal 2016


    Alhamdulillah pada 3 Disember 2016 bersamaan hari sabtu, Madrasah Hashimiah telah mendapat jemputan dari Yayasan Salim untuk sertai Pertandingan Kecerian Futsal 2016. Pertandingan futsal ini telah di bahagikan kepada duan peringkat umur, satu di bawah lima belas tahun dan satu lagi di bawah dua belas tahun. Madrasah Hashimiah menyertai pasukan bawah lima belas tahun dan sebanyak sepuluh kumpulan bawah lima belas tahun dan lapan kumpulan bawah dua belas tahun. 

    Anak-anak madrasah bersama sukarelawan Kindness Malaysia

    Bersama-sama dengan pemain-pemain rumah kebajikan lain

    Pemain-pemain Madrasah Hashimiah FC 

    Pada pukul lapan pagi, pihak penganjur telah menyediakan sarapan kepada pemain serta pengurus pasukan  yang mengikut setiap rumah kebajikan yang sertai pertandingan futsal ini. Selesai pemain-pemain dan pengurus-pengurus pasukan, pihak penganjur akan memberi taklimat ringkas untuk menerangkan atucara pertandinagn futsal dan garis panduan untuk di ikuti oleh semua pasukan rumah-rumah kebajikan yang menyertai pertandingan futsal tersebut. 

    Selapas hampir tiga puluh minit, pasukan-pasukan di berikan masa untuk melakukan senaman panaskan badan sebelum pertandingan bermula pada pukul sepuluh pagi. Pemain-pemain dari Madrasah Hashimiah juga tidak melepaskan peluang untuk penaskan badan serta merangka strategi pemainan bersama pengurus pasukan.

    Pemain serta pegawai pasukan sedang dengar taklimat 
      
    Pasukan Hashimiah FC sedang panaskan badan

    Pengurus pasukan sedang merangka strategi permainan 

    Pertandingan futsal bermula pukul 10.00 pagi, yang di mulakan serentak bawah lima belas tahun dan bawah dua belas tahun. Dalam perlawan antara rumah-rumah kebajikan telah bermula, alhamdulillah pasukan Hashimiah FC telah menang juara kumpulan dan bertemu dengan naik juara kumpulan B iaitu pasukan Tahfiz Anak Yatim (STAY). Kemenagan masih berpihak kepada Hashimiah FC, kemudian kami bertemu pasukan Rumah Tahfiz Al Walid di pusingan akhir dan selama hampir 30 minit masih terikat 1-1 sama. Demi menentukan kemenagan, pengadil telah tentukan melalui sepakan penalti dan alhamdulillah rezeki kali ini milik Hashimiah FC atau anak-anak Madrasah Hashimiah dengan kemenangan 4-3 yang mendahului Rumah Tahfiz Al Walid. Kemenagan itu diraikan dengan sorakan pengurus pasukan serta penonton yang berada di sekeliling futsal Uptown Bandar Baru Bangi. 

     Perlawana akhir dengan Rumah Tahfiz Al Walid

    Antara pegawai-pegawai yang terlibat bersama penyokong futsal 



    Sesi bergambar bersama pegawai serta penganjur futsal  

    Alhamdulillah dan terima kasih kepada Yayasan Salim kerana menjemput anak-anak Madrasah Hashimiah untuk sertai Pertandingan Kecerian Futsal 2016 dam insyAllah kita akan bertemu lagi masa akan datang untuk program futsal untuk tahfiz dan anak yatim. Kami dari Madrasah Hashimiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur kerana jemputan kepada kami kerana masih ada insan yang perdulikan tetang tahfiz quran anak yatim untuk pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim.    

    Bagi yang ingin menaja pakaian sukan serta kasut sukan dan juga sumbangan wang ringgit untuk kegunaan anak-anak di Madrasah Hashimiah. Terima kasih kepada sukarelawan Kindness Malaysia kerana membawa pergi dan pulang dengan selamat sampai di Madrasah Hashimiah
    Boleh rujuk pada laman sosial seperti:
    hashimiah.blogspot.my 
    www.facebook.com/hashimiah


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah