• Rombangan Dari Universiti Teknologi Mara (Cawangan Kota Bharu)


    Dalam waktu tengah hari, sabtu bersamaan tarikh 5.11.2016 Madrasah Hashimiah telah di kunjungi oleh sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Mara cawangan Kota Bharu, Kelantan. Mereka datang di iringi oleh pensyarah dan sekretariat pewakilan pelajar Universiti Teknologi Mara. Mereka datang melawat madrasah untuk mengenali anak-anak pelarian Rohingya dan Muslim Myanmar dengan lebih dekat untuk mengeratkan silaturahim sesama muslim. 

    Memberi sumbangan pakaian terpakai

    Cik Sofea memberi barangan pada Ustaz Rashid 



    Dalam pada masa yang sama mereka datang untuk memberi pakaian terpakai, mereka juga sumbang sedikit duit untuk membuat pembelanjaan Madrasah Hashimiah. Anak-anak sangat suka akan kehadiran pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Mara kerana mereka boleh berkongsi pengalaman dan cerita-cerita yang menaikan motivasi diri dalam pelajaran. Agar ukwah silaturahim ini dapat sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak di Madrasah Hashimiah untuk teruskan kehidupan meraka dalam membantu pembentukan jati diri serta insan yang berjaya dunia akhirat. 

    Penyerahan sijil penhargaan dari Madrasah Hashimiah



    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja buku-buku latihan, alatan tulis serta memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah