• Meraikan Anak-Anak Melalui Hubungan Silatuhrahim



    Pada sabtu minggu pertama bulan November 2016 bersamaan tarikh 5/11/2016, Madrasah Hashimiah telah di kunjungi oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Wide Tropism Tranding Sdn Bhd. Sebuah syarikat import dan eksport makanan seperti kacang, kismis, bahan-bahan mentah dan produk organik yang berpengkalan di Batu Caves, Kuala Lumpur. Mereka memilih Madrasah Hashimiah sebagai projek tanggungjawab sosial coparat (csr) di atas rasa tanggungjawab terhadap komuniti pelarian Rohingya dan Muslim Myanmar.

      Anak-anak  madrasah sedang cuci lantai 

    Anak-anak bersama staf  Wide Tropism Sdn Bhd

    Cuci di bahagian tingkat satu 

    Murid-murid perempuan sedang kemas di tingkat dua

    Anak-anak sedang susun kasut sambil di pantau oleh guru

    Pelajar yang lebih senior sedang cuci tangga 

    Kehadiran syarikat Wide Tropism Tranding Sdn Bhd sangat di alu-alukan di Madrasah Hashimiah ini, kerana pihak syarikat tersebut ingin buat gotong royong untuk membersihkan kawasan dalam bagunan dan sekitar kaki lima bagunan madrasah. Dengan kehadiran pihak syarikat berkenaan dapat membantu anak-anak ini membersihkan kawasan madrasah agar lebih selesa dan bersih. Anak-anak pun seronok dapat melakukan aktiviti begitu bersama sraf-staf syarikat dan dapat merapatkan silaturahim. Gotong royong itu telah berlangsung selama tiga jam  dari pukul 8 pagi sampai 11 pagi . Selepas selesai gotong royang, anak-anak madrasah dan tenaga pengajar telah sediakan jamuan makan tengah hari oleh syarikat Wide Tropism Tranding Sdn Bhd iaitu nasi ayam madu. Pihak madrasah mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat Wide Tropism Tranding Sdn Bhd kerana sudi berkongsi rezeki dengan Madrasah Hashimiah. 

     Anak-anak tengah makan yang di sediakan 



    Anak-anak sedang menjamu makanan 

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja buku-buku latihan, alatan tulis serta memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah