• Perbezaan Itu Merapatkan Silaturahim Dalam Melakukan Kebaikan


    Seperti biasa Persatuan Tzu Chi cawangan Batu Caves akan melawat anak-anak di Madrasah Hashimiah setiap sabtu minggu pertama setiap bulan. Kehadiran mereka sangat di tunggu oleh anak-anak madrasah kerana setiap kali mereka melawat akan datang satu aura positif dan daya tarikan meraka sangat memudahkan anak-anak rapat dan senang bergaul dengan para sukarelawan-sukarelawan ini. Untuk kali ini mereka menekan isu mengenai bagaimana cara menjaga alam sekitar dengan kaedah kitar semula barang-barang dalam kehidupan anak-anak di Madrasah Hashimiah.

     Anak-anak sedang mendengar penerangan dari sukarelawan




    Teknik pembelajaran yang mereka sediakan ialah teknik gambar rajah serta penerangan yang mudah di fahami oleh anak-anak di Madrasah Hashimiah. Dengan kaedah tersebut, anak-anak mudah faham kerana mereka lebih ,mudah menerima ilmu yang menampakan sifat fizikal atau melalui penglihatan untuk mereka mengakses data-data yang mereka lihat serta mendengar apa yang di sampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan. Ini memudahkan para sukarelawan mengajar anak-anak walaupun dalam konteks kefahaman Bahasa Malaysia kurang memahami namun melalui teknik gambar rajah, anak-anak mudah memahami dan senang menerima ilmu yang di sampaikan oleh para sukarelawan. 

    Ustaz Hashim memberi info mengenai ilmu 

    Anak-anak serta tenaga pengajar ucapan Ustaz Hashim

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja buku-buku latihan, alatan tulis serta memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah