Madrasah Hashimiah
Terima Kasih Pendema Yang Baik Hati
Roti dan kek adalah satu makanan yang akan di terima oleh Madrasah Hashimiah hampir setiap bulan dari Food Aid Foundation yang teletak di Lembah Klang. Anak-anak menerima keadaan yang gembira kerana mereka suka akan roti dan kek. Ia boleh di jadikan sebagai makanan waktu petang selapas habis kelas waktu petang. Ada pelbagai kek seperti kek buah, kek pisang ,kek pandan dan roti pulak datang pelbagai variasi seperti roti sosej, roti kacang , roti pandan, roti kaya dan banyak lagi.
Anak-anak madrasah sedang angkat roti-roti
Tolong menolong antara satu sama lain
Dalam pada masa yang sama mereka juga menghantar makan sejuk beku seperti ayam yang di potong sederhana kecil, sayur brokoli, bendi, sardin dan lain-lain. Dengan bantuan yang di berikan oleh Food Aid Foundation, sebanyak sedikit dapat mengurang kos sara hidup anak-anak di Madrasah Hashimiah. Jutaan terima kasih kepada pihak Food Aid Foundation kerana berkongsi rezeki dengan anak-anak Madrasah Hashimiah.
Anak-anak mempupuk kerjasama antara satu sama lain
Food Aid Foundation lori penghantaran
Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja buku-buku latihan, alatan tulis serta memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pembantu Tadbir
Madrasah Hashimiah
Madrasah Hashimiah