• Tajaan Untuk Buku Latihan Dan Alat Tulis


    Dalam proses penerimaan ilmu, pendekatan yang di ambil oleh Madrasah Hashimiah ialah seseorang pelajar perlu juga di zahirkan di atas naskah buku bagi memudahkan pembelajaran antara pemberi ilmu dan penerima ilmu yang akan menguatkan lagi kemahiran anak murid serta guru itu sendiri. Ilmu itu sendiri mahal nilai nya berbanding harta-harta yang di berikan Allah S.W.T kepada hamba-hamba Nya.  
    Nabi Muhammad pernah bersabda bahawasanya :
    " Perumpamaan agama yang telah aku utusankan aku yang di utus Allah 'azza wajalla dengannya, iaitu berupa pentujuk dan ilmu ialah bagaikan hujan yang jatuh ke bumi. DI antaranya ada yang jatuh ke tanah subur yang dapat menyerap air, makan tumbuhlah padang rumput yang subur.Di antaranya pula jatuh ke tanah keras sehingga air tergenang kerananya. Lalu air itu di manfaarkan orang yang banyak minum, menyiram kebun dan beternak. Dan ada yang jatuh ke tanah tandus, tidak mengenangkan air dan tidak pula menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Seperti itulah perumpamaan orang yang mempelajari agama Allah dan mengambil manfaat dari padanya, belajar dan mengajarkan. Dan perumpamaan orang yang tidak mahu tahu dan tidak menerima pentujuk Allah yang aku utus dengan Nya. "
    (Riwayat hadis Sahih Muslim 1118)

    Buku latihan satu garisan (80 m/s)


    Buku latihan empat garisan (80 m/s)

    Contoh buku latihan empat garisan

    Selain buku latihan, murid-murid juga perlu alatan tulis untuk memudahkan dan membantu mereka dalam proses pembelajaran yang mana rata-rata murid tidak mempunyai alatan tulis yang lengkap sewaktu proses menuntut ilmu. Ia boleh menjadi dorongan yang kuat kepada murid-murid untuk berdaya saing dalam menuntut ilmu dan mencapai keputusan yang baik dalam membina masa hadapan yang baik. Ini juga dapat membantu sedikit-sebanyak prestasi pengurusan dan tenaga pengajar di Madrasah Hashimiah

    Alatan tulis yang di perlukan untuk murid-murid 


    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja buku-buku latihan, alatan tulis serta memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.



    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah