• Kehadiran KPj Tawakal Bersama Karyawan Malaysia Di Madrasah Hashimiah




    Dalam pukul 8.30 pagi, pada hari isnin yang bertarikh 19-12-2016 Madrasah Hashimiah telah di kunjungi oleh wakil dari ibu pejabat KPJ Tawakal dan wakil Karyawan untuk meraikan anak-anak madrasah di samping melakukan aktiviti serta memberi sumbangan kepada Madrasah Hashimiah. Anak-anak sangat teruja menanti kunjungan tetamu kerana bagi mereka kehadiran tetamu akan membawa satu seribu kemanisan serta kenangan manis yang akan mereka ingat sampai bila-bila. 


     Barang-barang yang di sediakan poleh KPJ Tawakal

    Antara pegawai-pegawai KPJ Tawakal 



    Program ini bermula pada pukul 8.45 pagi selepas wakil dari KPJ Tawakal iaitu Puan Fazdrin Aliza bin Zainal dan Puan Norhazim Bin Abdullah serta Tuan Ameer memberi sedikit taklimat ringkas untuk aktiviti yang akan di jalankan di Madrasah Hashimiah. Aktiviti yang akan di jalankan bersama anak-anak madrasah ialah cara-cara menjaga kebersihan angota tangan dan gigi. Aktiviti di bahagikan dengan dua bahagian, bahagian pertama bagaimana kita menjaga kebersihan angota tangan dan bahagian kedua bagaimana kita menjaga kebersihan gigi serta mulut, yang mana itu antara pekara yang banyak masyarakat abaikan terutama anak-anak kecil empat ke tujuh tahun. Pihak Karyawan Malaysia yang mana, di wakil oleh saudara Radhi Khalid serta beberapa sahabat juga datang memberi sumbangan dari kutipan bersama kawan-kawan serta ahli keluarga terdekat untuk di sumbangkan kepada Madrasah Hashimiah. Bahagian pertama ialah bagaimana anak-anak madrasah ingin menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul melalui teknik-teknik yang di syorkan oleh pakar-pakar pegigian Malaysia.   

    Alat yang di gunakan untuk pembersihan gigi oleh pegawai KPJ

    Pegawai KPJ Taawakal menunjuk demo pada anak-anak

    Anak-anak sedang belajar cara betul untuk berus gigi 

    Kesungguhan anak-anak dalam melakukan aktiviti 

    Anak-anak memberi perhatian dalam melakukan aktiviti 

    Aktiviti di teruskan dengan bahagian yang kedua iaitu bagaimana caranya membasuh tangan dengan cara yang betul yang di tunjukan oleh pegawai yang mewakili KPJ Tawakal kepada anak-anak di Madrasah Hashimiah. Ia merangkumi semua aspek-aspek kebersihan dalam pejagaan kebersihan tangan yang terbahagi beberapa bahagian iaitu bahagian tapak tangan, permukaan atas tapak tangan, celahan jari dan bahagian kuku tangan tersebut. Anak-anak di berikan gel sebagai ganti kepada sabun umtuk memudahkan anak-anak mengunakan untuk mencuci tangan mereka. Selepas beberapa sesi yang telah anak-anak lakukan, mereka mudah memahami kaedah-kaedah yang ditujukan oleh pegawai tersebut. Alhamdulillah mereka sekarang lebih memahami cara-cara penjagaan kebersihan tangan dan gigi dan insyAllah anak-anak akan amalkan pejagaan angota tangan dan gigi dengan lebih baik serta mengikut masa yang di tetapkan. 

    Panduan yang di gunakan oleh pegawai KPJ Tawakal 


    Pegawai KPJ Tawakal menunjukan demo cuci tangan 

    Anak-anak sedang melakukan kebersihan tangan 

    Anak-anak memberi perhatian kepada pegawai 

    Setelah hampir dua jam aktiviti yang dilakukan oleh pegawai-pegawai bersama anak-anak di Madrasah Hashimiah, anak-anak itu telah di sediakan hadiah oleh pihak KPJ Tawakal untuk meraikan anak-anak madrasah dengan pemberian makanan serta barangan cucian dan kebersihan diri. Anak-anak sangat gembira dengan hadiah yang mereka dapat dan di jadikan untuk penggunaan harian mereka. Selain dari aktiviti kebersihan tang dan gigi, pihak KPJ Tawakal juga meyumbang barangan seperti ubat-ubatan asas, serta vitamin C sebagai penjagaan kesihatan anak-anak akan lebih terjaga dan lebih teratur dalam menguruskan kebersihan diri,  

    Anak-anak mendapat hadiah dari KPJ Tawakal 

    Anak-anak sedang berkongsi hadiah yang di terima mereka

    Anak-anak juga dapat hadiah belon 

    Kegembiraan anak-anak akan hadiah dari pegawai KPJ TAwakal

    Sinar kegembiraan terpancar dari senyuman anak-anak 

    Bersama tenaga pengajar, pegawai KPJ Tawakal serta Karyawan Malaysia

    Alhamdulillah aktiviti telah selesai waktu tengah hari, kami dari Madrasah Hashimiah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada KPJ Tawakal serta rakan Karyawan Malaysia kerana memilih Madrasah Hashimiah sebagai tempat mengadakan aktiviti menjaga kebersihan angota tangan serta gigi, supaya ia lebih sihat serta di jaga dengan baik dengan mengikut kaedah-kaedah yang betul dan kekerapan untuk berapa kali dalam sehari. Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja buku-buku latihan, alatan tulis serta memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah