• Pemeriksaan Gigi Di Madrasah Hashimiah


    Hari Isnin 12-12-2016 bersamaan 12 Rabbiuawal 1438 Hijrah adalah hari yang istimewa buat umat Islam di seluruh dunia kerana ia adalah hari kelahiran baginda Rasulullah S.A.W ikon umat Islam seluruh dunia untuk melakukan serta membuat kebaikan pada sesiapa sahaja. Hari ini di Madrasah Hashimiah telah di kunjungi oleh satu badan bukan kerajaan (NGO) Islamic Dental Association of Malaysia (IDAM). Mereka terdiri daripada doktor-doktor yang bertauliah dan juga pelatih-pelatih doktor untuk membantu secara sukarelawan demi membuat kebaikan sesama muslim walaupun kurang dapat perhatian dari masyarakat umum, serta tentang kepentingan menjaga kebersihan mulut serta gigi.


    Satu badan bukan kerajaan untuk khidmat penjagaan mulut dan gigi

    Anak-anak sedang menunggu kehadiran tetamu 

    Anak-anak sedang bantu doktor angkat barang
      
    Para doktor memberi taklimat ringkas mengenai kebersihan gigi

    Para sukalerawan-sukarelawan dari IDAM

    Persiapan doktor untuk anak-anak pemeriksaan gigi

    Pemeriksaan gigi bermula pada pukul 9 pagi yang di periksa oleh doktor-doktor yang bertauliah serta pelatih-pelatih yang membantu untuk memudahkan kelancaran pemeriksaan gigi untuk anak-anak di Madrasah Hashimiah. Pemeriksaan di bahagikan kepada tiga bahagian, yang pertama ialah pendaftaran maklumat anak-anak, kedua selapas daftar dan rekod nama anak-anak akan pergi ke bahagian pemeriksaan gigi untuk mengenal pasti gigi sama ada sihat dan kurang sihat dari segi penjagaan gigi. Di bahagian pemeriksaan gigi ada enam orang sukarelawan yang mengambil tugas pemeriksaan gigi anak-anak madrasah. Bahagian yang ketiga pulak anak-anak diajar bagaimana caranya untuk membersihkan dan menggosok gigi dengan kaedah yang betul untuk memaksimum penjagaan gigi dari kerosakan gigi yang minimum. 


     Anak-anak lelaki yang sedang periksa gigi

    Abu Hurairah sedang periksa gigi 





    Iqbal sedang di periksa gigi

    Anak-anak akan dapat satu set berus serta ubat gigi

    Sukalerawan sedang mengajar teknik yang betul gosok gigi

    Anak-anak sedang belajar cara yang betul untuk gosok gigi

    Ada di kalangan anak-anak yang gembira semasa pemeriksaan dan ada yang agak takut di sebabkan mereka kurang pendedahan dari segi aspek penjagaan kesihatan secara betul untuk penjagaan gigi. Ia perlu di dedahkan dengan cara yang lebih sistemetik agar di berikan penekanan dengan cara penjagaan yang betul serta cara penggunaan berus gigi yang betul, berapa banyak sukatan ubat gigi yang di gunakan dan berapa kerap perlu menggosok gigi dalam tempoh sehari. Program tersebut tamat dalam pukul empat petang, banyak yang telah anak-anak Madrasah Hashimiah pelajari mengenai penjagaan gigi melalui cara penggunaan berus gigi, berapa sukatan yang betul dan berapa kekerapan menggosok dalam masa sehari. Di harap program sebegini akan diteruskan agar anak-anak yatim Rohingya dan pelarian Myanmar Muslim tidak ketinggalan atau terlepas padang dari kalangan rakyat Malaysia. 

    Anak-anak sedang mendaftar nama untuk di rekod 

    Sedang di periksa gigi oleh doktor 



    Anak-anak menunjuk hadiah pemberian dari doktor

    Sukarelawan menunjukan sukatan yang betul ubat gigi 

    Sukarelawan sedang menunjuk teknik yang betul penggunaan berus gigi

    Sukarelawan-sukarelawan yang terlibat pada program tersebut 

    Terima kasih kami ucapkan kepada Islamic Dental Association of Malaysia (IDAM) kerana sudi datang ke Madrasah Hashimiah untuk membuat pemeriksaan gigi anak-anak dan mengajar cara kegunaan berus gigi dengan betul serta penjagaan gigi dengan lebih baik. Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja buku-buku latihan, alatan tulis serta memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah