• Kunjungan Halaqah.Net Bersama Kariah Surau An Nur Di Madrasah Hashimiah



    Ahad merupakan cuti kelas bagi Madrasah Hashimiah namun pada tarikh 25-12-2016 , telah di kunjungi oleh kumpulan Halaqah.net iaitu salah satu forum yang membincang tentang ilmuan agama di ruang media sosial dan juga di temani oleh kariah Surau An-Nur untuk melawat anak-anak madrasah, perkongsian tentang permulaan Madrasah Hashimiah serta sejarah madrasah yang di temuramah oleh malaysiaaktif.my dan ada jamuan makanan yang di sediakan oleh kariah Surau An-Nur, Taman Kasturi, Balakong, Selangor. 

    Antara makanan yang di bawa oleh tetamu 

    Pakaian terpakai yang masih cantik 

    Antara kariah surau An-Nur Balakong Selangor 

    Jemaah muslimah surau An-Nur Balakong, Selangor

    Kehadiran dari pihak Halaqah.net dan kariah Surau An Nur dalam pukul 9.00 pagi dan anak-anak madrasah menolong untuk mengangkat barang-barang sumbangan seperti beras, gula, garam, minyak masak, bihun serta pakaian terpakai yang masih cantik dan elok pakaianya yang di berikan kepada anak-anak Madrasah Hashimiah. Makanan yang sudah di masak juga di bawa juga iaitu kari daging kambing bersama nasi putih untuk jamuan anak-anak di Madrasah Hahimiah.




    Anak-anak sedang menati kedatangan Ustaz Hashim 

    Kariah muslimah bersama anak-anak Madrasah Hashimiah 

    Ustaz Hashim memberi penerangan kepada tetamu 

    Ustaz Hashim berkongsi pengalaman bersama tetamu 


    Selepas anak-anak menolong mengangkat barang yang di bawa oleh Halaqah.net dan surau An-Nur Balakong, Ustaz Hashim Bin Kassim selaku pengetua dan pengasas Madrasah Hashimiah berkongsi pengalaman pahit getir perjuangan untuk membantu anak bangsa dalam keadaan pelarian yang mana mereka perlu ilmu Al-Quran serta akedemik demi mencari sinar kehidupan pelarian di bumi Malaysia. Banyak yang di kongsikan oleh Ustaz Hashim kepada tetamu dari Halaqah.net dan kariah surau An-Nur, Balokong. Ia sedikit sebanyak membantu Madrasah Hashimiah dari sumbangan Halaqah.net dan kariah surau An-Nur untuk pembelanjaan anak-anak di Madrasah Hashimiah.


    Antara tetamu-tetamu yang hadir 

    Anak-anak serta tetamu menunggu Ustaz Hashim 

    Makanan yang di sedikan oleh kariah surau An-Nur  
    Alhadulillah aktiviti selesai dalam pukul 12 tengah hari, anak-anak akan makan bersama-sama selepas aktiviti yang di jalankan di madrasah yang telah di sediakan oleh pihak Halaqah.net dan kariah surau An-Nur, Balakong kerana sudi menziarah dan memberi sumbangan kepada Madrasah Hashimiah. Jutaan terima kasih dari anak-anak Madrasah Hashimiah serta pengurusan madrasah untuk kariah surau An-Nur dan Halaqah.net. Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja buku-buku latihan, alatan tulis serta memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah