• Kelas Menjahit Pengenalan Baru Bagi Madrasah Hashimiah





    Pada 25-12-2016 iaitu bersamaan hari ahad merupakan hari cuti bagi pelajar-palajar Madrasah Hashimiah, namun begitu pada cuti minggu yang terakhir pada sesi persekolahan tahun 2016. Pelajar-pelajar di madrasah telah diberikan peluang terutama pelajar-pelajar perempuan  untuk menambahkan kemahiran iaitu kemahiran menjahit atau asas kelas menjahit dan akan di pantau oleh guru yang di amanahkan oleh Ustaz Hashim. Wujud nya kelas menjahit ini atas inisiatif Ustaz Hashim sendiri kerana atas pemerhatian ustaz sendiri apabila anak-anak madrasah terutama perempuan, jika mereka kurang pandai dalam penghafalan musnaf Al-Quran kebanyakan mereka akan mengmbil upah membuang tangkai cabai hijau yang hanya upah RM 5-10 sahaja untuk 5 ke 8 jam. Dari pemerhatian tersebut dan atas nilai kemanusian terhadap masa depan pelajar-pelajar yang kurang menyerlah dalam hafazan Al-Quran dengan memberi peluang untuk menguasai kelas jahitan ini. Pada masa yang sama, kelas ini juga memberi peluang dalam pelbagai bidang yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian selain daripada menghafaz Al-Quran, terutama bagi pelajar perempuan yang berumur 15-17 tahun. 


      Pelajar-pelajar sedang belajar cara menjahit 



    Farida sedang mencuba jahitan di atas bahan yang di sediakan 

    Pelajar-pelajar yang lain sedang memberi tumpuan 

    Kelas bermula dari pukul 2 petang sehingga 5 petang iaitu selama 3 jam. Kelas menjahit terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pengenalan kepada mesih jahit, pengunaan mesin jahit secara betul dan peralatan yang di guna pakai oleh tukang jahit. Di Madrasah Hashimiah, kelas ini adalah pengenalan untuk penggunaan mesin jahit dengan mengunakan teknik-teknik yang betul dan di ajar oleh tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman dalam bidang menjahit. Ia memudahkan bagi pelajar-pelajar yang baru mengenali mesin jahit dan cara pengunaan dengan betul. Menjahit itu perlukan kesabaran yang tinggi kerana ia perlukan fokus yang tinggi untuk menghasilkan pakaian yang cantik dan kemas jahitan pakaian itu.



    Nasimah sedang cuba mengunakan mesih jahit kaki 

    Focus di perlukan dalam proses menjahit pakaian 

    Tenaga pengajar memantau pelajar dalam pengunaan mesin jahit 

    Pada waktu yang sama juga pelajar-pelajar juga dapat membantu sumber ekonomi keluarga dan juga membantu Madrasah Hashimiah dalam meningkatkan kebolehpasaran dalam sosial ekonomi komuniti setempat. Ia juga dapat mengisi masa yang terluang untuk menambah pendapatan yang boleh membantu kehidupan seharian mereka. Oleh yang demikian, Madrasah Hashimiah juga perlukan mesin jahit kaki sama ada yang baru atau yang terpakai dan masih elok dan boleh di gunakan oleh para pelajar-pelajar perempuan di madrasah. Mesin jahit kaki di madrasah, hanya ada 2 biji dan masih di perlukan kerana pelajar-pelajar yang terlibat dalam 11 orang dan 3 orang tenaga pengajar. Anggaran harga dalam RM 600.00 ke Rm 1000.00 bagi yang baru dan jika yang terpakai anggaran RM 300.00 hingga RM 400.00. Di sini pihak madrasah ingin membuka kepada penderma yang baik hati dan sudi untuk menaja mesin jahit kaki untuk kegunaan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. 

    Mesin jahit kaki di Madrasah Hashimiah 



    Alatan yang di perlukan dalam kelas mesin jahit 

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja mesin jahit kaki, alatan menjahit serta memberikan derma, sumbangan dan serta menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah