• Majlis Doa Kesyukuran di Madrasah Hashimiah



    1 Disember, hari khamis bersamaan 1 Rabilulawal dalam bulan islam merupakan bulan kelahiran jujungan Nabi Muhammad S.A.W , Madrasah Hashimiah telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran. Dalam waktu tengah hari pengetua madrasah Ustaz Hashim bin Kassim telah mengadakan taklimat rinkas untuk anak-anak dan tenaga pengajar tentang majlis yang akan di buat pada malam nanti yang bermula selepas solat magrib. Dalam  taklimat rinkas itu, Ustaz Hashim menerangkan keadaan kewangan madrasah dalam pada yang sama bersyukur pada Yang Maha Esa akan ujian yang datang melanda Madrasah Hashimiah sebagai tanda kasih sayang Allah S.W.T kepada hambaNya.

    Biji kacang untuk pengiraan zikir 

    Ustaz Hashim memberi penerangan ringkas 

    Turut serta anak-anak madrasah dan tenaga pengajar perempuan

    Anak-anak bersedia membaca zikir dengan kiraan biji kacang 

    Majlis bermula selepas solat magrib, yang di pimpin oleh pengetua Madrasah Hashimiah iaitu ustaz Hashim bin Kassim dan di ikuti dengan anak-anak serta tenaga pengajar untuk berzikir serta berdoa kepada Allah S.W.T menanda kesyukuran atas nikmat dan ujian kepada anak-anak Madrasah Hashimiah. Seperti firman Allah S.W.T : Surah Yunus 10:22
    "Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut(dengan di beri kemudahan menggunakan pelbagai kenderaan), sehingga apabila kamu berada dalam bahtera itu pula begerak laju membawa penumpang-penumpangnyadengan tiupan angin yang baik,  dan mereka pun bersukacita denganya, tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula di datangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah S.W.T dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepada Nya semata-mata (sambil merayu dengan berkata) ; " Demi sesungguhnya, jika Engkau ( Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".




    Anak-anak sedang beratur menagmbil makanan 

    Anak-anak sedang menunggu untuk makan

    Berdoa sebelum makan amalan yang di amalkan 

    Alhamdulillah majlis kesyukuran telah selesai pada pukul 9.30 malam dan anak-anak madrasah serta tenaga pengajar yang menjayakan majlis kesyukuran akan di jamukan sedikit makanan untuk menandakan terima kasih kepada yang menjayakan majlis kesyukuran . Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja buku-buku latihan, alatan tulis serta memberikan derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah