• Guru Kelas Al-Quran dan Akademik di Madrasah Hashimiah

    Kelas Iqra

    Kelas Al-Quran dan Akademik di Madrasah Hashimiah ini mempunyai subjek dan guru-guru yang telah diberikan bahagian masing-masing. Di Madrasah ini mempuyai 8 subjek dan mempunyai 14 orang guru (agama dan akademik) dan juga 170 orang murid (50 orang daripada mereka tinggal di asrama. Tujuan untuk mengadakan kelas ini anak-anak dapat memahami agama dengan betul, mengeja dan menulis dengan baik, meningkatkan lagi kefahaman mereka dalam Bahasa Melayu. Madrasah Hashimiah adalah sangat memperguatkan didikkan kelas agama maksudnya mengajar anak-anak dengan doa-doa harian. Berikut adalah senarai guru-guru di Madrasah Hashimiah.


    (1) Ustazah Abidah Bin Abdullah

    (2) Ustaz Mohd Nasim Bin Mohd Husain

    (1) Ustazah Abidah Bin Abdullah beliau berumur 36 tahun berasal dari Myanmar. Beliau sudah berkahwin. Beliau mengajar subjek Iqra' pada waktu pagi jam 8.00pagi- 11.00pagi. Dan pada waktu petang jam 2.00 tengah hari - 4.30 petang mengajar subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Myanmar, Matematik dan Sains. Sebelum menceburi bidang pengajar beliau pernah bekerja menjahit. Beliau telah menjadi pengajar sudah 9 tahun. Seterusnya, (2) Ustaz Mohd Nasim Bin Mohd Husain. Umur beliau 31 tahun. Berasal dari Myanmar dan masih bujang. Beliau mengajar subjek Quran B ( juzuk bawah 1-20 anggaran). Pada waktu petang pula mengajar taska dan tadika (menulis dan mengeja). Pengalam bekerja mengajar di Sekolah Tahfiz di Myanmar selama 12 tahun.

    (3) Ustazah Birqis Binti Ramzamali

    (4) Ustaz Mohd Ismail Bin Sualeh

    (3) Ustaah Birqis Binti Ramzamali beliau berumur 35 tahun berasal Myanmar. Sudah berkahwin ( kematian suami dan mempuyai 2 orang anak sepasang , (lelaki 12 tahun dan perempuan 7 tahun) Mengajar kelas Iqra' (umur 4-6 tahun). Pagi pada waktu 8.00 pagi - 11.00 pagi mengajar Iqra. Dan pada waktu petang pula mengajar taska (menulis dan mengeja). Mengajar doa-doa harian. Beliau sudah 1 tahun dalam bidang mengajar. Di Myanmar beliau pernah mengajar kelas komputer. Beliau ada pengalaman bekerja di kilang sebagai packagig selama 6 bulan. Seterusnya, (4) Ustaz Mohd Ismail Bin Sualeh beliau berumur 28 tahun berasal dari Myanmar. Beliau sudah berkahwin mempunyai seorang anak perempuan berumur 4. Mengajar kelas Quran A (juzuk atas)  pada waktu pagi dan Tadika dan Taska (menulis) pada waktu petang. Apabila sudah khatam mereka akan masuk ke kelas alim (menghafal maksud Al-Quran). Beliau menjadi pengajar selama 8 tahun ( 4 tahun di Madrasah) dan ( 4 tahun di Myanmar). 

    (5) Ustaz Mohd Anwar Shah Bin Hassan

    (6) Ustaz Abdul Rashid Bin Mohd Syafie

    (5) Ustaz Mohd Anwar Shah Bin Hassan beliau berumur 18 tahun berasal Myanmar tetapi sudah 14 tahun menetap di Malaysia. Beliau mengajar kelas Tahfiz B ( menghafal al-Quran), doa harian dan Tajwid pada waktu pagi dan mengajar taska pada waktu petang. Beliau ada pengalaman bekerja di Pasar Borong Selayang dan masih bujang. (6) Abdul Rashid Bin Mohd Syafie berumur 33 tahun dan masih bujang. Beliau berasal dari Myanmar. Beliau mengajar Tahfiz A ( menghafal atas), doa harian dan Tajwid pada waktu pagi dan petang. Apabila murid sudah khatam mereka belajar di kelas alim. Beliau telah berpengalaman berkerja sebagai pengajar hampir 18 tahun ( 12 tahun di Myanmar dan 6 tahun di Madrasah Hashimiah). Beliau tamat pengajian di sekolah tahfiz dan terus mengajar.


    (7) Ustaz Zakaria Bin Ismail
    (8) Ustazah Nasimah Binti Nur Mohammad

    (7) Ustaz Zakaria Bin Ismail beliau berumur 40 tahun telah pun berkahwin mempunyai 2 orang anak sepasang ( Lelaki berumur 15 tahun dan perempuan 9 tahun). Beliau mengajar kelas alim ( menghafal makna al-Quran) pada waktu pagi dan petang. Kelas Alim ini mempunyai 13 buah buku untuk belajar. Beliau menceburi bidang mengajar ini telah 24 tahun mengajar dan menjadi imam di Myanmar dan Madrasah Hashimiah. Seterusnya, (8) Ustazah Nasimah Binti Nur Mohammad berumur 17 tahun masih bujang. Beliau mengajar subjek di Madrasah ini Bahasa Melayu ( hari selasa dan khamis ) untuk tadika pada waktu pagi sahaja. Selain hari lain beliau akan tolong guru untuk kelas lain dan hari biasa akan membaca dan menghafal Al-Quran. Beliau adalah bekas pelajar di Madrasah Hashimiah selama 6 tahun. Mengajar  di Madrasah Hashimiah ini hampir 1 tahun. Dan beliau telah menetap di Malaysia selama 7 tahun. 


    (9) Ustazah Dil Arah Binti Amin Hamzah

    (10) Ustazah Twiyaepar Binti Mahmudullah

    (9) Ustazah Dil Arah Binti Amin Hamzah berumur 36 tahun telah berkahwin mempunyai 2 orang anak perempuan yang berumur 11 tahun dan 6 tahun. Beliau mengajar kelas tuisyen subjek Bahasa Myanmar, Matematik dan Sains. Sudah 3 tahun mengajar di Madrasah Hasimiah. Sebelum ii beliau tidak pernah bekerja. (10) Ystazah Twiyaepar Binti Mahmudullah berumur 25 tahun. Beliau sudah pun berkahwin mempunyai seorang anak lelaki berumur 5 tahun. Beliau mengajar subjek Matematik, sains, Bahasa Inggeris, Geografi dan Bahasa Myanmar. Beliau mengajar Murid dalam lingkungan 12-14 tahun. Beliau mempuyai kelulusan dari University Hpa-an dalam bidang Zoology. Seterusnya, beliau mempunyai pengalaman mengajar iaitu 3 tahun mengajar kelas tuisyen di Myanmar dari  semasa beliau lingkungan umur 18 tahun dan mengajar di Madrasah selama 1 tahun.

    (11) Ustazah Ferozar Binti Ahmad Shah

    (11) Ustazah Ferozar Binti Ahmad Shah berumur 32 tahun sudah berkahwin mempunyai seorang anak lelekai yang berumur 4 tahun. Beliau mengajar 2 kelas pada waktu pagi sahaja, untuk kelas darjah 3 adalah subjek Myanmar, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Geografi. Dan untuk darjah 2 pula Bahasa Myanmar, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Beliau kelulusan dari University Meiktilay dalam pengajian (Law). Beliau telah 2 tahun mengajar dan mempunyai pengalaman berkerja di kilang selama 7 tahun.

    Berkenaan Pelajar-pelajar disini mempunyai telah banyak pencapaian yang mereka cipta di Madrasah Hsimiah ini seperti pertandingan futsal untuk yang berumur bawah 17 tahun, majlis graduasi kepada pelajar yang telah berjaya, pertandingan Qari, peperiksaan untuk semua pelajar untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka.

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk membawa pelajar - pelajar Madarasah Hashimiah untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar untuk sumbangan dan serta menaja gaji guru di madrasah bolehlah terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau Maybank di 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Nur Shahira Binti Zulkifli
    Pelajar Latihan Industri
    Madrasah Hashimiah