• Hal Kecemasan di Madrasah Hashimiah






    Madrasah Hashimiah yang telah ditubuhkan hampir 20 tahun turut menitik beratkan hal kesihatan pelajar-perlajar  Peringkat umur pelajar dari 4 tahun sehingga 17 tahun merupakan tempoh umur mudah di jangkiti penyakit jika tahap imunisasi rendah. Kedudukan Madrasah Hashimiah yang terletak berhampiran dengan pasar borong Selayang dengan persikataran yang kurang menitik beratkan perihal kebersihan merupakan salah satu faktor terdedahnya kepada wabak penyakit. 

    Vitamin C yang di berikan kepada pelajar-pelajar

    Vitamin C tajaan dari pemderma

    Abu Bakar sedang memberi vitamin C 



    Rutin harian untuk vitamin C untuk pelajar-pelajar

    Penyakit berjangkit seperti batuk dan selsema mudah berjangkit dalam kalangan kanak-kanak sekiranya mereka bergaul sesama mereka. Tahap imunisasi badan yang rendah juga menjadi punca seseorang itu mudah di jangkati penyakit terutama kanak-kanak. Begitu juga di Madrasah Hashimiah, hampir 80 peratus pelajar-pelajar merupakan kanak-kanak yang mudah dijangkiti penyakit dan terdedah kepada persikataran yang boleh menyebab penyakit tersebar. Tahap imunisasi kanak-kanak juga sangat rendah yang memerlukan makanan tambahan seperti vitamin C untuk meningkatkan tahap imunisasi badan. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Menyediakan persekitaran yang lebih kondusif mengambil makan yang boleh meningkatkan tahap imunisasi badan adalah cara yang terbaik untuk mengelakan daripada dijangkiti penyakit. 


    Ubat-ubatan yang di guna untuk pelajar-pelajar  

    Mandian Dettol bagi cegah bakteria

    Sebagaimana yang tersedia maklum, Madrasah Hashimiah menempatkan pelajar pelarian anak yatin Rohingya dan Myanmar Muslim, oleh itu kos rawatan bagi bukan warganegara Malaysia. Sekiranya pelajar-pelajar di madrasah dijangkiti demam, selsema dan penyakit yang memerlukan rawatan doktor akan dibawa ke klinik untuk rawatan. Kos rawatan untuk sakit biasa dalam lingkuman RM50.00 sehingga RM 100.00 mengikut jenis penyakit. Manakala sekiranya penyakit kronik ataupen penyakit yang memerlukan rawatan pakar dan memerlukan pembedahan, kos rawatan lebih mahal. Caj pendahuluan kos pembedahan bagi bukan warganegara dikenakan RM 1000.00 hingga RM 1500.00 tidak termasuk kos rawantan lain. Caj-caj lain juga dikenakan sekiranya perlu menerima rawatan lanjut dan perlu bermalam di dalam wad hospital. Boleh rujuk caj rawatan bukan warganegara di  http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/163 . 

    Ubat batuk untuk kanak-kanak dan 12 tahun ke atas

    Ubat krim untuk jangkitan kulit

    Penadol untuk selsema dan deman 

    Bagi pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah yang memerlukan rawatan doktor pakar atau tahap kesihatan yang perlu dirujuk ke hospital, pelajar-pelajar akan di hantar ke Hospital Selayang. Manakala untuk rawatan penyakit yang boleh rawat di klinik biasa akan mendapatkan rawatan di Poliklini Perdana Selayang yang terletak di bawah Madrasah Hashimiah atau klinik-klinik di sekitar yang berdekatan madrasah. Sumbanagn ubat-ubatan daripada orang ramai amat dialu-alukan agar dapatmengurangkan kos rawatan pelajar. Sumbangan makanan tambahan seperti vitamin C amat digalakan bagi menghindari penyakit-penyakit yang berjangkit dan dapat meningkatkan tahap imunisasi pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah

    Antara vitamin sumbanagn pemderma

    Vitamin C yang di makan oleh pelajar-pelajar 

    Bagi mereka yang bermurah hati, boleh memberi sebarang sumbangan berbentuk kewangan atau pun barangan boleh di salurkan terus ke Madrasah Hashimiah. Sebarang tajaan ubat-ubatan dan vitamin C amat di galakan oleh madrasah, Sumbangan kewangan boleh di masukan ke akaun Madrasah Hahimiah CIMB BANK, nombor akaun- 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank di 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan pejabat Madrasah Hashimiah di talian 03-6127 5582 atau 018-288 2754

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolang Pembantu Tadbir 
    Madrasah Hashimiah