• Ziarah dan Lawatan Untuk Anak-anak Madrasah Hashimiah



    Madrasah Hashimiah menempatkan seramai 180 orang pelajar yang terdiri daripada pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Kelas pembelajaran diadakan pada setiap hari Isnin sehingga Sabtu. Sebahagian daripada mereka tinggal di sekitar kawasan pasar borong Selayang dan sebahagian lagi tinggal di Madrasah Hashimiah. Oleh itu, mereka hanya terdedah dengan persekitaran Madrasah Hashimiah sahaja berbanding dengan anak-anak tempatan yang boleh keluar bercuti dan beriadah bersama keluarga. Pelajar-pelajar kurang didedahkan dengan dunia luar seperti kanak-kanak lain. Fitrah kehidupan mereka seperti kanak-kanak lain ingin keluar ke tempat-tempat yang boleh merehatkan minda sebentar daripada pembelajaran.


    Bersama Abang Muhammad dalam perlawanan persahabatan


    Antara aktiviti yang pernah melibatkan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah adalah aktiviti paintball dekat Cyberjaya (tahun 2013), futsal dan riadah di Perkampungan Kemensah, Ampang Kuala Lumpur. Aktiviti paintball yang melibatkan pelajar madrasah ini telah berkunjung di Cyberjaya ini di bawah anjuran Kindness Malaysia, untuk melatih kecergasan fizikal dan daya tumpuan tajam serta cepat membuat keputusan dalam apa jua yang melibatkan halangan dan cabaran dalam kehidupan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah.


    Memenangi johan pertandingan futsal

    Pada tahun 2014 anjuran Kindness Malaysia 


    Dari segi penglibatan sukan pula, Madrasah Hashimiah pula di dedahkan dengan sukan futsal yang sememangnya menjadi sukan yang popular di kalangan usia remaja. Pasukan futsal di tubuhkan pada tahun 2010, yang di wakili oleh 10 pelajar-pelajar madrasah yang mempunyai bakat dan di tunjuk ajar oleh jurulatih atau sukarelawan yang mempunyai pengalaman dalam sukan futsal. Alhamdulillah banyak pengalaman yang pelajar-pelajar menerima selama 7 tahun ini dan pemain saling berganti dari tahun ke tahun. 

    Pelajar-pelajar mandi di sungai Kemesah

    Aktiviti riadah yang selalu pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah impikan ialah di bawak ke tempat perkelahan yang mana ibu bapa rakyat malaysia membawa anak-anak di waktu hujung minggu atau cuti sekolah bagi mengisi masa bersama keluarga. Begitu jugak bagi pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah, terutama anak-anak yatim dan pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Pelajar-pelajar juga sukakan akan permaianan dan kustom-kustom dalam ruang taman tema yang mana hanya di tonton melalui binkisan kaca television. Moga impian itu terlaksana tahun ini dan akan datang. 


    Peluang tajaan dan sumbangan dibuka kepada para dermawan yang ingin membawa mereka ke tempat-tempat seperti kawasan taman tema, perkelahan air terjun dan laut. Aktiviti kecergasan seperti paintball, bowling dan futsal. Para dermawan cuma sediakan kenderaan ,tempat tinggal dan makanan untuk pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Jika para dermawan yang berhajat untuk datang ziarah dan membawa pelajar-pelajar madrasah, boleh hubungi pejabat  Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau Maybank di 562151419729 (Madrasah Hashimiah) berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah