Pada 24/01-26/01 (Selasa hingga Khamis) kami telah mengadakan program riadah bersama-sama dengan anak-anak yatim
Madrasah Hashimiah di Port Dickson, Negeri Sembilan. Jam 7.00 pagi kami berkumpul di depan
Madrasah Hashimiah untuk mengambil kedatangan pelajar dan guru. Pada jam 7.30 2 buah bas tiba di
Madrasah Hashimiah. Pada jam 8.00 pagi bas bertolak.
hampir 2 jam perjalanan kami akhirnya sampai ke destinasi dengan selamat. Kami sampai dan terus check in hotel untuk anak-anak
Madrasah Hashimiah. Terima Kasih kepada Donor yang baik hati kerana memberi sedikit wang untuk percutian anak-anak ini. Pada hari yang pertama, mereka semua pergi mandi manda di laut setelah itu mandi di kolam renang pula. Mereka terlalu seronok ketika hari pertama sampai.
|
acara larian sukaneka |
Pada hari kedua pula, aktiviti sukaneka bermula pada waktu pagi kerana suasana yang indah pada waktu pagi memudahkan aktiviti berjalan dengan baik. Kepada yang memenangi tempat pertama hingga ketiga akan mendapat hadiah.
|
penyampain hadiah kepada pemenang |
|
tempat pertama |
|
tempat kedua |
|
tempat ketiga |
Setelah pemberian hadiah untuk aktiviti sukaneka itu anak-anak pergi bermandi manda di laut. Anak-anak sangat teruja dengan akiviti mandi-manda yang di sertai oleh guru-guru dan sukarelawan Kindness Malaysia. Aktiviti ini mengeratkan hubungan silaturrahim anak-anak dengan guru-guru agar lebih erat dan senang berkomunikasi di dalam kelas yang akan bermula lepas berehat di Port Dikson.
|
anak-anak yang comel |
|
bersama volunteer Kindness Malasia yang cantik |
|
pandai posing adik ni |
|
bersantai-santai |
|
menaiki banana boat |
Setelah puas mandi di laut mereka mandi pula di kolam renang. Pelajar-pelajar
Madrasah Hashimiah meneruskan aktiviti di kolam renang yang terbahagi kepada dua bahagian, kolam untuk kanak-kanak dan kolamdewasa. Pelajar-pelajar yang di bawah umur 10 tahun ke bawah, mereka mandi di kolam kanak-kanak yang di hiasi dengan papan gelongsor yang menarik perhatian pelajar-pelajar tersebut. Mereka menghabiskan aktiviti di kolam renang sampai petang dan mereka naik ke bilik masing-masing sebelum magrib untuk solat magrib berjemaah.
|
gelagat mereka di kolam renang |
|
tolong bilaskan kawannya. Sweet |
Seterusnya, setelah puas bermain air dari pagi sampai ke petang mereka pun lapar dan kami keluar mencari pasaraya yang berdekatan untuk membeli makanan tabahan seperti roti gardenia, makanan ringan dan coklat untuk di berikan kepada mereka.
|
Volunteer Kindness Malaysia |
3 hari yang cukup menyeronokkan untuk kami dan juga anak-anak. Cukuplah kita berkongsi sedikit keseronokkan kita untuk anak-anak Madrasah Hashimiah kita juga buatkan semua orang gembira. Dengan gambaran yang diatas harap donor-donor diluar sana dapat memberi sumbangan untuk anak-anak Madrasah Hashimiah menjalani aktiviti luar.
Peluang tajaan dan sumbangan dibuka kepada para dermawan yang ingin membawa mereka ke tempat-tempat seperti kawasan taman tema, perkelahan air terjun dan laut. Aktiviti kecergasan seperti paintball, bowling dan futsal. Para dermawan cuma sediakan kenderaan ,tempat tinggal dan makanan untuk pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Jika para dermawan yang berhajat untuk datang ziarah dan membawa pelajar-pelajar madrasah, boleh hubungi pejabat Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau Maybank di 562151419729 (Madrasah Hashimiah) berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.
Nur Shahira Binti Zulkifli
Pelajar Latihan Industri
Madrasah Hashimiah