• Hari Pertama Latihan Industri di Madrasah Hashimiah





    Kali pertama saya menjejak kaki diMadrasah Hashimiah untuk menjalani latihan industri hati saya sangat berdebar-debar. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya pada waktu itu. Apabila saya mula melangkah menaiki tangga, saya terdengar suara alunan mengaji. Ia sangat menenangkan saya. Di hujung tangga terlihat seorang ustaz duduk dikerusi sambil memegang sebatang rotan. Saya pikir, ustaz ni mesti garang. Tetapi pikiran saya meleset sama sekali bila ustaz itu menegur saya dengan suaranya yang lembut dan sopan. Terus saya memperkenal kan diri dia  memanggil seorang pelajar perempuan untuk menunjukkan saya arah ke pejabat. 

    Suasana pejabat yang selesa


    Sesampai sahaja saya dipejabat saya diminta tunggu sebentar. Tak lama kemudian masuk seorang lelaki yang saya jangka dialah supervisor saya disini. Tetapi bila dia memperkenalkan diri baru saya tahu dia adalah Penolong Pegawai Tadbir di madrasah ini. Dia adalah Encik Mohammad Fazlan Bin Mohammad Ashraf. Beliau memberi keterangan serba sedikit mengenai Madrasah Hashimiah. Tidak lama kemudian Encik Muhammad yang merupakan Pengerusi madrasah tiba untuk menemu duga saya dan memberikan tugasan untuk minggu pertama latihan industri saya disini.


    Pelajar-pelajar fokus di dalam kelas

    Pada hari kedua saya praktikal. saya diarahkan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu menggunakan sistem ‘I-Sina’. Masuk sahaja didalam kelas saya disambut dengan penuh semangat oleh adik-adik disitu. Semangat mereka untuk belajar menghilangkan rasa gemuruh saya. Walau sebahagian daripada mereka tidak memahami Bahasa Melayu, tetapi mereka tetap tidak berputus asa untuk belajar. Untuk menarik minat mereka saya telah membuat sedikit permainan. Dan hasilnya mereka sangat teruja dan membuatkan saya lagi bersemangat untuk mengajar. Saya juga mempelajari beberapa patah perkataan Myanmar daripada mereka. Mereka tidak lokek untuk mengajar saya Bahasa Myanmar. Dan mereka juga turut mengajar saya menulis nama saya dalam tulisan Myanmar. Dalam mata meraka dapat saya lihat kerinduan mereka pada negara asal mereka. 


    Cikgu Feroza sedang mengajar matematik

    Pelajar-pelajar disini terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin dan pelarian Rohingya dan Myanmar muslim. Madrasah ini sangat unik kerana menggunakan silibus tahfiz yang tersendiri. Tambah mengangumkan lagi, madrasah ini telah melahirkan ramai para hufaz dikalangan pelajar lelaki dan perempuan. Selain itu pelajar disini juga mempelajari subjek-subjek teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Asas Komputer. Tidak lupa juga, mereka turut mempelajari bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Myanmar. Selain itu mereka juga turut dididik dengan ilmu agama seperti Tauhid, Feqah, Alim dan lain-lain. Pendidikan dan tarbiah disini sangat sempurna bagi melahirkan insan yang berakhlak dan berwawasan.

    Melihat suasana disini membuatkan saya bersemangat untuk menabur bakti dibumi Hashimiah ini. Saya berharap warga madrasah dapat memberi tunjuk ajar dan kerjasama kepada saya. Jika para dermawan yang berhajat untuk datang ziarah dan membawa pelajar-pelajar madrasah, boleh hubungi pejabat  Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau Maybank di 562151419729 (Madrasah Hashimiah) berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.




    Norhayati Abd Rahim
    Pelajar Latihan Industri 
    Madrasah Hashimiah