• Sekalung Penghargaan Kepada Kelab Sukarelawan Kolej Burhanuddin Helmi


    Pada Sabtu yang lalu (25 Feb 2017) kami telah menerima tetamu dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka merupakan ahli Kelab Sukarelawan Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) dengan kerjasama IM4U dan UCTC. Tujuan mereka datang kesini adalah untuk melaksanakan program “vision dream”. Tujuan utama program vision dream ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar dan tenaga pengajar di Madrasah Hashimiah untuk mendapat bantuan cermin mata.

    Rombongan sukarelawan seramai lebih kurang 40 orang tiba pada pukul 8 pagi dan disambut baik oleh kami dengan penuh meriah. Turut menyertai rombongan tersebut dua orang doktor mata iaitu Dr Nurhafizah dan Dr Tan Xuan Li.  

    Adik-adik mendengar taklimat dari sukarelawan
    Sebelum mereka memulakan program, mereka melawat kawasan sekitar Madrasah Hashimiah untuk mencari kawasan yang sesuai untuk menjalankan program. Setelah tempat dipilih, taklimat diberikan kepada para sukarelawan dan pelajar-pelajar madrasah oleh Pengarah Projek iaitu Cik Nur Anis Suhaila dan Encik Muhammad Zariq yang mengetuai program tersebut. Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan sesi pemeriksaan mata. Setiap sukarelawan akan bersedia di setiap seksyen yang telah di sediakan oleh pegawai pemeriksaan mata. 

    Sukarelawan-sukarelawan melayan adik-adik dengan penuh ceria

    Seksyen yang ke dua untuk pelajar-pelajar madrasah 
    Sesi pemeriksaan mata berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari pihak sukarelawan dan pelajar -pelajar serta madrasah. Pihak sukarelawan bukan sekadar hadir untuk membuat pemeriksaan mata, tetapi mereka juga turut beramah mesra dengan warga hashimiah. Anak-anak dimadrasah sangat gembira dengan kehadiran sukarelawan-sukarelawan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Proses ini berlaku dengan teratur dan sistemetik kerana di bantu oleh pegawai-pegawai perubatan (optometris) dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Pelbagai pilihan cermin mata yang sangat menarik

    Salah seorang sukarelawan membantu adik membuat pilihan

    Hasil daripada pemeriksaan mata, didapati 25 orang pelajar dan seorang guru dikesan mempunyai masalah mata dan dua orang perlu dirujuk ke hospital kerana mempunyai masalah mata yang serius. Pelajar-pelajar yang berkelayakan itu diberi peluang untuk memilih cermin mata yang yang diminati serta sesuai dengan reka bentuk yang terkini. Pilihan cermin mata yang ada sangat menarik dengan pelbagai bentuk dan warna. InshaaAllah sebulan akan datang cermin mata yang dipesan akan siap dan dihantar kepada pihak madrasah. Selepas ini, pelajar-pelajar yang kurang penglihatan ataupun rabun akan lebih mudah untuk belajar dan tiada lagi masalah penglihatan. Moga Allah limpahkan rezeki serta rahmat-Nya ke atas sukarelawan dan para pegawai perubatan yang terlibat untuk membantu pelajar-pelajar serta tenaga pengajar untuk pemeriksaan mata di Mdrasah Hashimiah.

    Barisan sukarlawan yang sangat ceria melayan adik-adik disini

    Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan dari pihak madrasah kepada pelajar-pelajar kelab sukarelawan Kolej Burhanuddin Helmi kerana sanggup datang ke madrasah untuk memberi bantuan kepada anak-anak disini. Petolongan anda sangat dihargai dan hanya allah sahaja dapat membalasinya. Sepertimana Nabi Muhammad SAW bersabda: 
    "Allah akan menolong seorang hamba itu yang sentiasa  menolong saudaranya “ (HR Muslim hadis no 38)
    Jika para dermawan yang berhajat untuk datang ziarah dan membawa pelajar-pelajar madrasah, boleh hubungi pejabat  Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau Maybank di 562151419729 (Madrasah Hashimiah) berbentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Nur Hayati Bin Abd Rahim 
    Pelajar Latihan Industri 
    Madrasah Hashimiah