• Majlis Kenaikan Al-Quran Di Madrasah Hashimiah



    Kenaikan pembacaan Al-Quran dari Iqra merupakan satu perkembangan yang baik untuk pelajar-pelajar itu sendiri dan ia juga membawa kesan yang positif pada guru-guru kerana mempertingkatkan kemahiran pelajar-pelajar di atas didikan guru-guru. Pada sabtu minggu pertama, 4 Mac 2017 di Madrasah Hashimiah telah diadakan majlis kenaikan Al-Quran dari Iqra. Majlis tersebut di mulakan oleh Ustaz Hashim bin Kassim selaku pengetua dan pengasas dan di temani En Muhamad bin Kamarulazizi sebagai pengerusi Madrasah Hashimiah. Dalam majlis tersebut, 13 pelajar yang akan naik Al-Quran , 10 lelaki dan 3 perempuan. Setiap tahun pelajar-pelajar akan melalui proses ini, dari pembacaan Iqra kepada pembacaan Al-Quran.

    Penerangan ringkas Ustaz Hashim kepada tetamu 

    Pelajar-pelajar sedang memberi tumpuan 

    Pelajar-pelajar Madarsah Hashimiah 

    Kehadiran ibu dan bapa kepada pelajar-pelajar 

    Ustaz Hashim memberi tahu kaedah kepada pelajar-pelajar

    Setiap tahun pelajar-pelajar akan melalui majlis kenaikan ini, dari pembacaan Iqra kepada pembacaan Al-Quran. Majlis bermula seawal 8.30 pagi, yang di mulakan dengan  ucapan dari pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim dan di ikuti dengan ucapan En Muhammad Bin Kamarulazizi sebagai pembuka majlis tersebut. Majlis ini turut dihadiri oleh ibu-bapa kepada pelajar-pelajar yang di raikan dalam majlis tersebut. Hal ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk melihat tahap pembelajaran anak-anak di Madrasah Hashimiah. Ibu bapa akan berasa bangga dengan kebolehan anak masing-masing. Kehadiran ibu bapa memberi inspirasi kepada anak-anak untuk lebih maju dalam pembacaan Al-Quran pada proses pembelajaran akan datang.


    Ustaz Hashim sedang menyemak bacaan pelajar madrasah

    Pengunaan tajwid merupakan kayu ukur Ta'smid

    En Muhammad juga di beri tugas mendengar bacaan pelajar

    Selepas bacaan Ustaz Hashim akan memberikan nota kelulusan

    Seawal umur empat tahun Madrasah Hashimiah menerima pelajar untuk menghadiri kelas pengajian Al-Quran. Seawal umur itu juga telah diajar iqra' untuk mengenal huruf, cara membaca ayat dan membaca potongan ayat Al-Quran. Kegigihan pelajar dapat dilihat daripada raut wajahnya yang sentiasa bersemangat untuk menghadiri kelas Al-quran setiap pagi. Kelas Al-Quran diadakan pada sebelah pagi bermula pada jam 8 pagi sehingga 10.30 pagi pada setiap hari Isnin hingga Sabtu. Kelas dibahagikan mengikut tahap pembelajaran dari Iqra, Alquran dan hafazan. Tajwid dan taranum juga turut diajar kepada para pelajar yang telah mahir membaca  dan menghafaz Al-Quran.⁠⁠⁠⁠


    Antara ibu dan bapa pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah

    Adik Juwairiah membaca salah satu ayat lazim Al-Quran

    Pelajar-pelajar yang naik keperingkat Al-Quran

    Moga Allah s.w.t sentiasa merahmati pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.  Di harap akan ada dermawan yang baik hati untuk memberi sumbangan atau tajaan dalam bentuk kewangan atau bahan mentah. Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja makanan basah, makanan kering serta memberi derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah boleh terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah) atau dalam bentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah