Penghargaan guru untuk pelajarnya adalah hadiah untuk merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar-pelajar di bawah jagaan serta bimbingan untuk menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Madrasah Hashimiah juga memupuk hubungan silaturahim antara tenaga pengajar dengan pelajar-pelajar, supaya mereka merasa dekat dengan tenaga pengajar. Hadiah yang di berikan adalah melalui makanan mahupun wang ringgit. Ia sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah.
Ustaz Hashim memberi sumbangan hadiah
Semua pelajar-pelajar dapat hadiah dari Ustaz Hashim.
Dari pemberian sedekah dan juga hadiah dari Ustaz Hashim kepda pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah, ini dapat memberi mengeratkan hubungan pelajar-pelajar dengan Ustaz Hashim serta tenaga pengajar yang lain, agar penyerapan ilmu yang di sampaikan oleh tenaga pengajar sampai ke pada pelajar-pelajar di
Madrasah Hashimiah. Benarlah sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam yang bermaksud:
Telah menceritakan kepada kami Abduurrazaq telah menceritakan kepada kami Ma'mar dari Ayub dari Ibnu Sirin dari Abu Huhairah berkata; Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda:
"Sebaik-baik sedekah adalah dari kelebihan harta dan mulailah dari orang yang menjadi tangungganmu, dan tangan di atas itu lebih baik dari tangan ang di bawah" Aku bertnya kepda Ayub, " Apa yang dimaksud dengan kelebihan harta?" Dia berkata: "Dari kelebihan hartamu." Dari Sahih Muslim: 1716 ( Bab Zakat)
Pelajar-pelajar perempuan juga dapat hadiah
Pelajar-pelajar sangat gembira dengan hadiah yang di berikan oleh Ustz Hashim dan boleh membuat membeli makanan atau duit belanja untuk keesokan hari. Di harap akan ada dermawan yang baik hati untuk memberi sumbangan atau tajaan dalam bentuk kewangan atau bahan mentah. Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja makanan basah, makanan kering serta memberi derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah boleh terus ke
Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di
CIMB Bank, nombor akaun -
8600202864 (
Madrasah Hashimiah) atau ke akaun
Maybank -
562151419729 (
Madrasah Hashimiah) atau dalam bentuk bahan mentah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi
Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu
Ustaz Hashim Bin Kassim di talian
019-262 1671 dan
Pejabat Madrasah Hashimiah di talian
018-2882754 atau
03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah