• Terima Kasih Kepada Penderma Kacamata


    Penglihatan adalah satu kurniaan yang tidak ternilai dari Allah s.w.t kepada hamba-hamba Nya. Ia bagaikan lilin yang menerangi gegelapan dalam menuntut ilmu di bumi Allah s.w.t. Setiap pemberian ke arah kebaikan adalah sedekah yang di tuntut dalam islam. Dalam apa jua keadaan sekurang-kurangnya dengan semanis senyuman. Dalam hadis Rasulullah s.a.w dalam jalur Abu Hurairah " Setiap angota tubuh manusia memiliki keharusan sedekah pada setiap harinya, iaitu seperti mendamaikan dua orang yang berselisih,adalah sedekah. Menolong  orang yang naik kenderaan atau menolong mengangkatkan barangnya ke atas kederaan, itu pun termasuk dalam sedekah. Ucapan dan tutur kata yang baik juga sedekah. Setiap langkah yang melangkah untuk menunaikan solat juga sedekah. Dan menyingkirkan sesuatu bahaya jalanan umum juga adalah sedekah". Dari sahih Bukhari dan Muslim. Begitu juga dengan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah juga perlu di berikan bantuan dalam proses pembelajaran di madrasah.

    Sukarelawan UKM Bangi memberi ucapan ringkas

    Datuk Rokiah sedang memakaikan kacamata pada pelajar madrasah 

    Pelajar yang menerima bantuan kacamata 



    Hari rabu bersamaan dengan 22/3/2017 merupakan hari penyerahan bantuan kacamata dari pihak UCTC (Pusat Tranformasi Komuniti Universiti), Falkuti Sains Kesihatan dan pelajar-pelajar Kolej Burhanuddin Helmi dari UKM Bangi. Majlis penyerahan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi, yang di mulakan dengan kehadiran wakil UTCT dan pelajar-pelajar Kolej Burhanuddin Helmi sebagai sukarelawan pada majlis penyerahan kacamata kepada pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Ia di rasmikan oleh pengarah UCTC, Datuk Rokiah yang memulakan dengan ucapan pembukaan dan memberikan penerangan ringkas mengenai penjagaan kacamata dari sudut pengguna kacamata seperti pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Selepas penerangan ringkas oleh Datuk Rokiah, sesi ke dua ialah penyerahan kacamata dari pihak penaja kepada pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Ia di wakili oleh pengarah UTCT yang memberi kepada penerima bantuan kacamata. 



    Pelajar lelaki juga menerima sumbangan kacamata 



    Antara pelajar yang menerima bantuan kacamata 

    Program penyerahan kacamata berlansung selama 3 jam dan selesai selesai pada jam 11.30 pagi. Jutaan terima kasih dari Madrasah Hashimiah kepada pihak UTCT, Falkulti Sains Kesihatan dan pelajar-pelajar dari Kolej Burhanuddin Helmi UKM, Bangi Selangor. Jika para dermawan yang berhajat untuk datang ziarah dan membawa pelajar-pelajar madrasah, boleh hubungi pejabat  Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau Maybank di 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 03- 6127 5582 dan 018-288 2754 .


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah