• Kelas Kemahiran Diri di Madrasah Hashimiah



    Status pelarian yang dimiliki oleh pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah menyebabkan peluang pekerjaan untuk mereka agak terhad. Ramai yang tertanya-tanya, sekiranya pelajar tamat berlajar di Madrasah Hashimiah ke mana hala tuju mereka. Inisiatif yang di ambil oleh pengetua Madrasah Hashimiah, Ustaz Hashim ialah memberikan pendidikan dalam bidang kemahiran. Pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik atau tidak boleh menghafaz Al-Quran, akan di berikan peluang untuk mempelajari kemahiran. Antara kemahiran yang di ajar di madrasah ialah kemahiran menjahit,kelas komputer dan kemahiran di bangkel kereta dan motor. 


    Kelas menjahit sedang diadakan 

    Pelajar perempuan sedang memberi perhatian 

    Antara jahitan asas yang di terapakan



    Pengunaan kertas sebagai bahan contoh sebelum ke fabrik 

    Mengunakan mesin jahit kaki dalam permulaan kelas menjahit

    Bagi pelajar-pelajar yang mahir dalam bidang Al-Quran dan hafazan akan diberikan peluang untuk menjadi tenaga pengajar atau di madrasah-madrasah sekitar Selayang. Kelas kemahiran ini membuka peluang kepada pelajar-pelajar untuk mencungkil bakat yang mereka ada. Kelas menjahit diadakan khas untuk para pelajar perempuan untuk mempelajari cara menghasilkan pakaian yang berkualiti tinggi. Tenaga pengajar juga adalah kenalan kepada Ustaz Hashim yang mempunyai kemahiran dalam bidang jahitan yang akan mengajar pelajar-pelajar pada setiap hari Ahad. Peluang ini diambil oleh para pelajar perempuan sebagai salah satu usaha untuk memajukan diri pada masa hadapan. Kemahiran ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengambil upah menjahit pakaian-pakaian atau bekerja di kedai-kedai jahit mahupun butik-butik pakaian.

    Kelas kemahiran di bengkel-bengkel kereta dan motor untuk para pelajar lelaki. Kelas kemahiran ini akan di berikan pendedahan dalam masa yang akan datang, untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar lelaki mempelajari cara membaiki motor dan kereta yang rosak. Pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran dalam bidang membaiki kenderaan, boleh bekerja di sekitar Selayang setelah menamatkan pelajaran di Madrasah Hashimiah. Hal ini dapat membantu mereka mencari punca pendapatan sendiri di samping membantu menambahkan pendapatan keluarga.   

    Ustaz Riduan tenaga pengajar kelas komputer

    Ada dua sesi kelas komputer laki dan perempuan 

    Pelajar perempuan sedang belajar mengunakan komputer 

    Kelas komputer juga turut menjadi salah satu kelas kemahiran untuk para pelajar. Kelas komputer membantu pelajar untuk mengenali penggunaan komputer pada pengetahuan asas. Belajar pekara-pekara asas seperti Mikrosoft office, kemahiran menaip dan kemahiran menggunakan internet untuk mencari maklumat. Kelas komputer ini diadakan pada sebelah petang selepas kelas akedemik pada setiap hari Isnin sampai Rabu. Tenaga pengajar untuk kelas komputer akan datang ke Madrasah Hashimiah untuk memberi tujuk ajar. Komputer-komputer hasil sumbangan orang ramai di susun kemas di dalam pejabat Madrasah Hashimiah untuk kegunaan semasa kelas komputer.

    Suhubungan itu, Madrasah Hashimiah turut merancang bagi membuka peluang kepada pelajar-pelajar untuk mepelajari kemahiran menggunting rambut. Menggunting rambut juga merupakan salah satu kemahiran yang boleh di cungkil dalam diri para pelajar. Kemahiran ini boleh digunakan untuk bekerja di kedai-kedai gunting rambut dan boleh mengambil upah untuk menggunting rambut.  Kelas menggunting rambut masih lagi dalam perangcangan dan akan di ketengahkan sekiranya terdapat tenaga pengajar yang sudi berkongsi ilmu dengan para pelajar Madrasah Hashimiah.  

    Contoh kedai gunting rambut 


    Oleh yang demikian, kelas memasak juga turut di berikan kepada pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik dalam ilmu menghafaz Al-Quran. Mengajar pelajar-pelajar ilmu masakan agar dapat di gunakan untuk bekerja di kedai-kedai makan atau membuka gerai makan sendiri. Hal ini dapat membuka peluang kepada pelajar-pelajar untuk mencari punca pendapatan sekiranya tidak berbakat dalam kemahiran bidang lain-lain. Madrasah Hashimiah cuba membantu para pelajar agar masa depan mereka cerah. Memegang status sebagai pelarian menjadikan mereka perlu menceburkan diri dalam kemahiran untuk meneruskan hidup di Malaysia.

    Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menaja makanan basah, makanan kering serta memberi derma, sumbangan dan menaja gaji guru di madrasah boleh terus ke Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582



    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah