• Rombongan KISPA dari Indonesia Ke Madrasah Hashimiah



    Madrasah Hashimiah merupakan sekolah komuniti untuk pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim yang di asaskan oleh Al-Hafiz Ustaz Hashim Bin Kassim juga merupakan pelarian Myanmar Muslim yang datang ke Malaysia pada tahun 1994 dan menubuhkan Madrasah Hashimiah pada tahun 1997 di Selayang, Batu Cave, Kuala Lumpur. Mempunyai pelajar seramai 180 pelajar, yang campur pelajar lelaki dan pelajar perempuan serta mempunyai tenaga pengajar seramai 13 dalam meyumbang masa dan tenaga untuk mendidik anak-anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Silibus yang di gunakan pakai oleh madrasah ini ialah Al-Quran dan juga akedemik untuk melahirkan hafiz dan hafizah yang berjaya dunia dan akhirat.

    Ustaz Ferry Nur memberi penerangan ringkas mengenai KISPA
    Zobair sedang membaca ayar Al-Quran kepada rombongan Indonesia
    Pelajar perempuan juga membaca ayat Al-Quran 

    Waktu pembelajaran di Madrasah Hashimiah pada setiap hari kecuali hari ahad kerana cuti untuk pelajar-pelajar di Madrasah Hashimiah. Pada 19/3/2017 iaitu hari ahad telah di kunjungi oleh satu badan bukan kerajaan (NGO) dari Indonesia, KISPA ( Komite Indonesia Untuk Solidaritas Palestina ) di ketuai oleh Ustaz Ferry Nur untuk melawat dan menyerahkan sumbangan kepada Madrasah Hashimiah. Rombongan dari Indonesia sampai ke madrasah pada pukul 10.30 pagi.  Kedatangan mereka amat di alu-alukan oleh Madrasah hashimiah kerana dapat merapatkan ukwah dan siraturahim antara rombongan Indonesia dan Madrasah Hashimiah. Sesudah sampai madrasah, mereka beramah mesra dengan pelajar-pelajar madrasah. Di samping mereka beramah mesra, mereka memberi penerangan ringkas kepada Ustaz Hashim serta pelajar-pelajar madrasah mengenai latar belakang serta tujuan mereka ke Madrasah Hashimiah. Setelah memberi penerangan ringkas, rombongan Indonesia mendengar bacaan pelajar-pelajar madrasah yang membuatkan rombongan itu teruja dengan bacaan dari pelajar-pelajar Madrasah hashimiah. 

    Ustaz Hashim memberi penerangan ringkas tentang madrasah

    Pelajar-pelajar memberi tumpuan kepada penerangan Ustaz Hashim

    Ustaz Ferry Nur menyerahkan sumbangan 

    Di akhir perjumpaan, Ustaz Ferry Nur mewakili KISPA menyerahkan sumbangan kepada Ustaz Hashim selaku Pengetua Madrasah Hashimiah untuk membantu sedikit sebanyak Madrasah Hashimiah. Jutaan terima kasih kepada Ustaz Ferry Nur serta rombongan KISPA Indonesia kerana mengujungi dan memberi sumbangan kepada Madrasah Hashimiah. Jika para dermawan yang berhajat untuk datang ziarah dan membawa pelajar-pelajar madrasah, boleh hubungi pejabat  Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau Maybank di 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 03- 6127 5582 dan 018-288 2754 .


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah