• Latihan Nasyid Untuk Majlis Penyampaian Hadiah


    Sempena Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah satu kumpulan nasyid telah ditubuhkan untuk membuat persembahan nasyid pada majlis tersebut. Seramai 11 orang pelajar telah dipilih untuk menganggotai kumpulan ini. Mereka adalah Hasan, Moaz, Basha Khan, Hanif, Nurollah, Ismail, Rafik, Abdul Karim, dan ramai lagi.

    Bersungguh-sungguh mereka berlatih

    Dua buah nasyid akan dipersembahkan oleh adik-adik ini. Pertama adalah lagu ‘Erti Al Fatihah’ dan yang kedua ‘Bismillah Alhamdulillah’. Kedua dua lagu ini adalah lagu dendangan Voices of Ummi. Kumpulan ini diketuai oleh adik Nurollah.

    Ujian menyanyi tanpa tengok lirik
    Tiga orang guru ditugaskan untuk melatih adik-adik nasyid ini, mereka adalah Cikgu Shahira, Cikgu Hayati dan Cikgu Huda. Mereka membuat latihan pada setiap hari Selasa dan Khamis jam 3.30 hingga 4.30. Adik-adik ini sungguh bersemangat setiap kali membuat latihan. Semangat mereka membuatkan guru-guru semakin teruja untuk melatih mereka.

    Mereka berusaha untuk menghafal liril lagu

    Nurollah mengetuai kumpulan nasyid

    Semoga semangat mereka berkekalan dan dapat membuat persembahan dengan baik pada hari penyampaian hadiah nanti. Dan harapan guru-guru agar adik-adik dapat memberi kerjasama dan buat yang terbaik bukan sahaja untuk persembahan nanti tetapi untuk segala bidang yang adik-adik ceburi nanti.

    Jika para dermawan yang berhajat untuk datang ziarah dan membawa pelajar-pelajar madrasah, boleh hubungi pejabat  Madrasah Hashimiah. Selain itu, sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk kewangan di CIMB Bank, Nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau Maybank di 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-288 2754.

    Norhayati Abd Rahim
    Pelajar Latihan Industri
    Madrasah Hashimiah