• Ujian Yang Pertama Bagi Pelajar-Pelajar Madrasah Hashimiah


    Setiap institusi pengajian, sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat tinggi seperti kolej dan universiti. Setiap pelajar akan di menduduki peperiksaan dan ujian bagi setiap semester. Peperiksaan dan ujian akan diduduki oleh setiap pelajar untuk membentuk prestasi yang baik dalam kelas yang akan datang. Di Madrasah Hashimiah sama seperti di tempat pendidikan lain, setiap pelajar wajib mengambil ujian yang di lakukan selama 3 hari bagi subjek  akedemik.

    Pelajar-pelajar sedang menduduiki peperiksaan 

    Sedang menjawab kerts ujian Bahasa Melayu 
    Peperiksaan akan diadakan dalam 3 bulan sekali dan setahun akan ada 3 peperiksaan besar. Setiap peperiksaan akan di nilai oleh guru yang mengajar di Madrasah Hashimiah yang bermula tarikh 4/10/2017 hingga 7/10/2017, selama tiga hari untuk peperiksaan akedemik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Myanmar, Bahasa Enggeris, Matemetik, Geografi dan Sains. Ia memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk bersaing secara sihat dalam membentuk pelajar hafazan Al-Quran dan akedemik yang bijak pandai.

    Adik Sharhan sedang menjawab peperiksaan 

    Antara pelajar-pelajar perempuan dalam peperiksaan Bahasa Myanmar
    Oleh itu, Madrasah Hashimiah syukur atas limpahan rahmat dan rezeki dari Allah S.W.T dengan kehadiran dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu perjalanan membina insan yang berjaya dunia akhirat. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah