• Kunjungan Universiti Malaya Di Madrasah Hashimiah


    Meraikan anak-anak yatim dan miskin (Asnaf) merupakan pekara yang di tuntut dalam Islam. Ia merupakan satu ibadah bagi seorang muslim terhadap Allah Taala dan sesama manusia. Allah Taala berfirman dalam ayat An-Nisaa 4:127

    " Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan -Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang terdekat dan tertangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sehayamu. Sesungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. "

    Antara pelajar-pelajar yang terlibat dalam program
    Taklimat ringkas mengenai program oleh Pengarah Projek
    Aktiviti melukis dan mewarna 
    Kedatangan pelajar-pelajar dari Jabatan Syariah dan Undang-Undang (Exco Kebajikan SALSOC) Universiti Malaya ke Madrasah Hashimiah untuk meraikan pelajar-pelajar di madrasah dengan mengadakan program bersama-sama. Bermula pukul 8.00 pagi dengan memberi taklimat ringkas dan membuat pecahan-pecahan kumpulan kecil untuk melakukan latihan dalam kumpulan. Dalam program tersebut akan terbahagi kepada beberapa aktiviti seperti melukis, mewarna dan membersihkan kawasan madrasah. Program tersebut berakhir pukul 11.00 pagi dan para pelajar-pelajar makan bersama sukerelawan-sukarelawan Universiti Malaya atas tajaan dari kerjasama pelajar dan pengurusan universiti. 

    Latihan dalam kumpulan yang di kongsi bersama sukarelawan

    Menunggu keputusan lukisan yang tercantik 
    Guru dan pelajar terlibat dalam program dari Universiti Malaya
    Alhamdulillah dan terima ksih kepada pelajar-pelajar Universiti Malaya, Jabatan Syariah dan Undang-Undang kerana meraikan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Oleh itu pihak Madrasah Hashimiah amat menghargai kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu madrasah. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah